Saturday 18 May 2013

Aku Penagih Jahiliyah


Ketika menulis artikel ini, terasa lama sekali masa diambil. Teringat keperitan dulu. Begitu mudah mengungkapkannya, tapi semput untuk merealisasikannya. Tercungap!

Aku melihat sekeliling. Teringat ketika fasa permulaan untuk berganjak mengikis sifat-sifat jahiliyah dalam diri. Permulaan yang sangat memeritkan. Bagaimana aku yang suka menghabiskan masa remaja ku dengan perkara yang tidak berfaedah.

Sehingga satu saat aku menangis dan under depression syndrome, sebab jiwa terlalu sesak. Aku tahu sesuatu hukum, tetapi aku lah pelakon dunia yang angkuh. Aku percaya perintah Allah, juga Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi aku masih melanggarnya. Aku seakan-akan membuktikan aku tidak percaya dengan semua ini. Maka aku mula bertatih mencari hikmah disebalik perintah Allah.

Kalau ikut logik akal kita, kalau kita percaya kepada sesuatu atau seseorang, kita setuju dan kita akan lakukannya. Bukan? Contoh, kita mempercayai ibu bapa kita. Kalau mereka memberi nasihat, kita akan ikut sebab kita percaya mereka mahukan yang terbaik untuk kita. Nasihat orang berpengalaman bukan?

Tetapi nasihat Pencipta, yang mencipta kita, mengenali kita luar dan dalam. Yang mengetahui kita lebih daripada kita sendiri. Tetapi bila Dia nasihat, kenapa kita tidak ikut?

Selepas membaca pengalaman orang yang meninggalkn dunia jahiliyah, aku menyelak hukuman Allah kepada ku ketika dunia di sana. Selepas membaca beberapa perenggan, terus aku menggigil ketakutan. Buku ditutup sebab terlalu takut. Kesakitan ketika nyawa ditarik pun cukup membuatkan aku gerun. Kalau sekarang, tangan terkene iron, dah terasa sakit, macm mana pula dengan kepanasan api neraka kelak. Azab api neraka terlalu berat.

Baginda Rasullullah SAW bersabda : “ Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.

Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah SAW lagi, “ Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril AS akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di ysurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya.

Ini adalah karena sangat rindunya pada surga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril AS.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril AS akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Aku Penagih Jahiliyah

Aku yang ketagih jahiliyah. Aku berusaha mencipta 1001 alasan untuk teruskan sandiwara dalam dunia jahiliyah. Itulah aku.

Aku tahu solat itu tiang agama, direct communication dengan Pencipta dan hukumnya wajib. Tetapi aku juga orang yang meninggalkan dan melewatkan solat. Aku juga yang tidak faham bacaan solat. Otak aku sering kali ligat memikirkan perkara dunia ketika solat. Tunduk bangun setiap hari, tapi roh atau content zero. Hati aku ini masih dibuai dengan perkara dunia, walaupun jasad seakan-akan sedang bersolat.

Aku juga tahu Islam ada menggariskan beberapa guideline antara lelaki dan perempuan. Tapi tengoklah zaman sekarang, orang yang couple, dating, peluk dan berpegang tangan itu dianggap biasa. Biasa dan budaya. Bukan tidak tahu hukum, tapi hati yang degil menyangkal. Memenangkan nafsu dan keseronokan dunia.

Apa sahaja yang dilakukan, pada mulanya hati aku terdetik rasa bersalah, tetapi dineutralkan dengan alasan. Fuh!

“ Its ok, sekali sekala jer tinggal sembahyang. Lepas ini aku ganti balik.”

“ Aku dah sayang sangat dekat dia. Apa salah kami couple. Bukannya buat apa-apa pun.”

“ Alaa, pergi date je pun, sembang-sembang, keluar makan je..”

Kalau senaraikan alasan manusia zaman jahiliyah ini, tidak akan pernah habis. Bijak manusia memanfaatkan akal untuk mencipta alasan. Bijak syaitan untuk manipulasi kami semua.

Ego

Keseronokan jahiliyah itu masuk dalam jiwa, laju tanpa checkpoint, dengan unconscious mind. Aku merelakan diri melakukannya, tanpa ada checkpoint dalam hati. 

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bahawa memerangi hawa nafsu itu lebih berat dan lebih besar daripada memerangi orang-orang kafir. Bahkan Rasulullah SAW setelah kembali dari satu peperangan besar bersabda kepada sahabat-sahabatnya,

“ Kita ini kembali dari peperangan yang paling kecil, menuju peperangan yang lebih besar. ”

Setelah Rasulullah s.a.w. ditanya sahabat, beliau menjawab bahawa peperangan yang lebih besar itu ialah memerangi hawa nafsu.  Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah SAW menggambarkan bagaimana besarnya bahaya hawa nafsu,

“ Bukanlah orang yang gagah berani itu lantaran dia cepat melompati musuhnya didalam pertempuran, tetapi orang yang berani ialah orang yang boleh menahan dirinya dari kemarahan. ”
(Hadith riwayat Abu Daud)


Dalam hati ini Allah kurniakan campuran antara watak jahat dengan watak baik. Fitrah hati yang sukakan kebaikan dan fitrah hawa nafsu dan syaitan yang sukakan kejahatan. Seperti rojak. Namun uniknya manusia, Allah jadikan kita cinta kepada kebaikan. Kita sendiri mampu detect yang mana baik dan mana buruk.

Buktinya, cuba tanya mereka yang berpegang tangan, tentang hukum bersentuhan antara bukan muhrim? Mereka tahu hukumnya adalah haram. Mereka berilmu. Mereka bukan bodoh atau tidak tahu.

Tetapi ilmu yang ada tidak diadun dengan kefahaman. Allah kurniakan kita akal fikiran, supplement untuk hati kita. Akal yang membantu hati untuk menilai highway mana yang kita sepatutnya ikut. Sesuatu hukum atau isu perlu digkaji dan didalami, supaya kita faham rationale di sebalik sesuatu tetapan, maka kita mampu berhujah dan kita juga mampu beramal. Apabila kita faham tentang sesuatu perkara, kita akan didik hati kita untuk menjadi good scanner atau checkpoint sebelum melakukan sesuatu. Kita mampu meninggikan sensitivity dan awareness kita terhadap sesuatu perkara. Dan kemudian, hati mampu mengawal nafsu, serta terkawal juga kita dari symptom jahiliyah.


Ia seperti sesi peperangan dalam diri. Uh, satu kisah yang amat memeritkan. Kalau Perang Badar atau Second World War merupakan perang yang mengangkat senjata atau sifatnya temporary, tetapi perang nafsu ini tidak memerlukan senjata dan sifatnya permanent iaitu sehingga ke hujung nyawa. Dasyat bukan perang nafsu ini.

Kita semua merupakan tentera yang kene pergi berperang. Berperang untuk membela fitrah diri dan kesucian Islam itu sendiri. Walaupun tiada senjata yang canggih, tetapi kita ada fitrah hati yang suci, ilmu Islam dan akal yang waras. Perfect. 

Jahil itu bukan dinilai dari kecerdasan otak kita. Sekarang masih ramai yang jahil, tetapi kejayaaan akademiknya menjulang tinggi. Jahiliyah itu bukan bermaksud bodoh atau tidak berilmu.
Sebaliknya, ia adalah keadaan ketika seseorang itu tidak peka dengan kewujudan fitrah hatinya, lalu tetap untuk melakukan perkara yang dilarang lantas menjadikan hatinya tercemar.

Jahiliyah itu lebih terus dari penyakit berjangkit, atau malignant tumour. Ia bukan penyakit fizikal, tetapi ia penyakit hati. Penyakit hati yang mampu menjadi predisposing factor kepada penyakit fizikal yang melibatkan 5 pancaindera asas.

Meninggalkan jahiliyah sesuatu yang perit. Tiada hospital yang menyediakan rawatan untuk ini. Tetapi Allah ada. Allah beri kita Islam, selitkan juga dengan Al-Quran sebagai buku panduan dan Nabi Muhammad sebagai ketua pengawas untuk dicontohi.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
Surah Ar-Ra'd : 11


Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
Surah Al-Ankabut : 69


Ia seperti kita terpijak tahi kucing. Orang lain dapat tempias busuk tahi tersebut, orang sibuk buat muka sambil tutup hidung atau tangan digerakkan menandakan bau busuk. Apabila kita cuci, kita sendiri rasa geli. Mana ada orang yang gembira mencucikan najis yang berbau. Tetapi kita harus buang, sebab kita tahu tahi tersebut sifatnya busuk, tidak disukai orang sekeliling dan kotor.

Begitulah dengan sifat jahiliyah. Apabila jahiliyah melekat pada diri, ia perlu dicuci. Perit untuk mencuci, tapi kita tahu ia untuk kebaikan diri dan semua. Sebabnya, bukan sahaja kita yang berbau busuk, kesemuanya akan berbau busuk. Kita, keluarga, masyarakat dan negara. Proses penyucian mengambil masa. Perlu kuat dan sentiasa bermujahadah sehingga kita istiqamah.

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi saw bersabda : " Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman, (iaitu) siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain, siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah ( dan bukan kerana suatu tujuan duniawi), dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), dan sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api"  (HR Bukhari & Muslim)

Wallahualam

Assalamulaikum.

nfn