Saturday 27 April 2013

Actions Speak Louder Than Words



Panas rasanya hari ini. Fuh ! Mengeluh? Tolonglah jangan. Suhu aircond dalam bas ni tak membantu langsung. Leka memerhati gumpalan-gumpalan awan melalui celahan langsir tingkap bas, aku ketiduran. 

'Tskk.. tskk.. mak kakak dapat job tu. Kawan-kawan lain dapat calon sementara je. Mak, kakak macam tak percaya ! Tskk.. Wuwuu' 

K fine. Aku mimpi ke apa ni. Mata ku paksa celik. Sekujur tubuh sebelah aku, sedang menangis. Sambil handphone di telinga. Cantiknya rambutttt. Whoaa k lempang diri sendiri. Malas nak tanya aku pura-pura tidur. As what people said, aku ni unpredictable. Kadang terlebih mesra, kadang diam seribu bahasa. Untuk saat ini, aku malas. Nak jadi pemerhati je. Kepala aku lentokkan semula ke arah tingkap. 

'Mak, dari 3,000 orang yang datang, dan dia nak 30 orang je, kakak tersenarai jadi calon yang passed.  Wuwuwuu. Tsk tsk rasa macam nak pengsan. Memang dah lama kan kakak nak job ni'

Perbualan berlangsung untuk beberapa minit dan berakhir. Next, beliau call orang lain pulak. From the conversations, I thought tu kengkawan beliau.

'Umi, aku tak sangka aku dapat. Lama gila interview hari tu sampai senget tudung aku. Tskk tsk'

Tudung? Then where your tudung now? Serious weh. Rambut beliau tadi cantik. Blonde. Aha. Gaya macam model. Fashionable. Sekali pandang macam Nelydia Senrose. Ala heroin cerita Setia Hujung Nyawa tu.



---------------------------
Bas dah nak sampai di persimpangan bandar. Aku berhenti di sini. Aku tak turun di stesen bas. Sebab, sebab this is time for me jenjalan cuci mata. Alone. Rutin sebelum call orang kat rumah, minta dijemput. Memerhati alam, rencah dan ragam orang sekeliling, bermonolog bersama Tuhanku. Dan aku suka waktu 'berdua' macam ni.

Sebelum turun, aku tulis sesuatu atas buku nota.
Aku koyak, aku hulur kat kakak sebelah.

'Err akak nangis agak kuat jugak la tadi. Heheh. Maaf terdengar kak. Congrats !'
'Apa ni?', dia bertanya. Tunduk membaca sambil kerut kening.
'Assalammualaikum', aku senyum dan berlalu.

Sebelum bas bergerak terus ke stesen seterusnya, aku pandang ke arah tingkap tempat aku duduk tadi. Kakak tu tenung aku. Aku senyum. Padahal dalam hati nervous Tuhan je yang tahu. Takut kakak tu marah. Bas dah gerak jauh, baru dia balas senyum. Eh? Alhamdulillah. Lega !

 Sebenarnya, beriban kali jugak aku fikir tadi, samada nak tulis dan bagi kat beliau atau pun tak.
'Tulis lah. Bagi. Bukan kau nak tunjuk baik, tapi kau nak berkongsi rasa. Rasa ajaibnya bila kegembiraan tu dikongsi dengan yang Maha Memberi'. Positive vibes ! Ting !

'Tak payah tak payah. Dah kalau tetiba kakak tu tak terima pastu marah kau ke, jeling kau ke depan semua orang dalam bas nanti, tak kau malu nanti. Ala macam, entah apa-apa je budak ni'. Negatives vibes ! Eee syaitan. Blah la kau syaitonnirrojimm, syuh syuhh. 

Ye, tak, ye, tak, ye, tak, ye, tak, ye. YA. Stop dzikir-ing ye tak ye tak and tulis :

" Congratulations kak ! We've shared the same great day, subhanAllah. I've passed my exam. And you? Aha dont know I'm not sure haha. Jangan lupa wudhu’ sujud syukur bila sampai rumah nanti :) “
(Lalu nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?- Surah Ar Rahman)

------------------------
 Aku tergelak bila ingat kejadian tu. Pandang cermin, tenung muka sendiri dan buat gwiyomi. EH TAK. Haha. Ya Allah apa kebenda entah nak bagi sekeping kertas pun berperang dengan perasaan sendiri hei teruk benau. Haa amek. Ingat senang 'amar makruf nahi mungkar'? Selalu laju meniti di bibir, tapi tindakan, manakah? Kata da'ie. Dan bukankah amar makruf nahi mungkar tu amanah Khalifah? (Saja cakap amanah bukan peranan sebab bila kata amanah tu baru aku nak rasa bertanggungjawab sikit). Lalu panahan petir ku rasa di hati. Sakit.

Nak rawat ummah, bukan mudah. Hmm hmm hmm. 




Actions speak louder than words.
- Adrenaline -


Monday 8 April 2013

Cinta Luar Biasa ♥




Tanya sama pokok, siapa buat goyang
Nanti jawab pokok. Angin yang kencang.

.......

Tanya sama hati. Apa rasa cinta.
Nanti jawab hati. Rasa luar biasa.



Pencipta Cinta

Jika benih-benih cinta di tanam dalam hati “Lillahi Ta`ala”
Cinta yang disinari cahaya Iman tidak menduakan
Cinta yang disirami kerinduan tidak pernah melupakan
Akar cinta yang mencengkam tidak pernah melepaskan
Bunga-bunga cinta kembang mewangi, membahagiakan
Apabila diri cinta Ilahi :)
********


Cinta Allah, Cinta Rasulullah

Sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa menghidupkan sunnah ku, sama ertinya mencintai ku. Barangsiapa mencintai ku, di hari kiamat kelak akan bersamaku dalam syurga.

‘Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu
(yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan 
(kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah’ 
[33: 21]

Allah...rindunya kat Rasulullah =’)

********

Cinta IBU Cinta AYAH.

Seorang ayah penat. Peluh-peluh mengalir menjadi saksi. Hati murni terus bekerja memikul amanah mencari rezeki untuk keluarga yang disayangi.
Seorang yang melahirkan. Penuh dengan kasih sayang kita dibesarkan. Kata-katanya penuh hikmah. Sabar, tenang wajahnya. Itulah ibu.
Dulu kita sekecil tapak tangan. Kelahiran kita membahagiakan mereka. Sedarkah kini mereka semakin tua? Wahai anak, cintailah mereka. Apa guna cinta Allah seluas lautan, tetapi buat ibu bapa setitik pun tidak mampu diberikan? Usah letih memberi dan mendoakan.

‘Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya
dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 
“Wahai tuhanku!
Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.”
[al-Isra (17) : 24]

Cinta juga adik-beradik seisi keluarga. Saling sayang-menyayangi semuanya..
’happy family till Jannah’

********

Belajar. Belajar. Dan terus BELAJAR.

Usah berasa lelah dalam menuntut ilmu. Walau payah mana nak bangun pagi, selimut yang nipis terasa berat untuk ditepis, ingatlah sabda Rasulullah SAW,

‘barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu, 
maka Allah akan mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga’
[Hadith Riwayat Muslim]

Bak kata cikgu saya, kalau nak dapat ‘A’, perlu melagkah. Walau payah, itulah hakikatnya sebagai mana bentuk ‘A’ tersebut. Kalau ‘C’ pula bergolek..sejauh mana boleh bergolek?
Setelah kita usaha, tetapi tidak dapat apa yang kita inginkan, usah sedih. Allah menilai setiap apa yang kita usahakan. Allah sebaik-baik perancang kan.. ^^

Cintalah pemilik ilmu sebelum menuntut ilmu k?
Niatlah belajar kerana Allah Ta’ala. Seronok sangat apabila belajar kerana Allah. Usah kita bangga dengan ilmu yang kita ada. Nak dibandingkan dengan ilmu Allah, ilmu kita bagai setitik dari lautan yang luas.
Suka kata-kata ini : “ Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang dilangit, rendahkan hatimu sedalam mutiara dilautan.”

********

Cinta SINI SANA

Cinta seluas angkasa tidak menjanjikan setia. Jika cinta tidak berbumbugkan yang maha Esa. Apa guna cinta duniawi yang tidak kekal lama? Menyesal di akirat tiada guna!
Usah memiliki cinta bak keropok jajan apabila di gigit sedikit terus berterabur. Rapuh! Rapuh!
Cinta yang tidak letak Allah di dalamnya lemah! Apabila dicuit sedikit dengan kesusahan, sukar menerima ketentuan. Apabila dibentangkan sedikit kemewahan, hilang rasa kesyukuran.

Namun, jadilah mukmin sebegini :)

‘Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya.’ [Riwayat Muslim]

Hati itu perlu dipandu dengan Iman supaya tidak karam dilayar kehidupan.

********


“Wahai jiwa yang tenang! 
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang rida dan diridai-Nya” 
[89 : 27-28]

Tanyalah hatimu. 
Sejauh mana cintamu kepada ALLAH?
Sungguh LUAR BIASA apabila hidup berlandaskan CINTA Allah.
Dari rasa cinta, lahir keinsafan.
Dari rasa cinta, lahir kasih sayang.
Dari rasa cinta, lahir semangat jihad.

1,2,3 sayang semuanaya.^^
Terima kasih Allah =’)

google



“Sesungguhnya ALLAH SWT mengatakan pada hari kiamat akan memanggil, 
‘Manakah orang-orang yang saling mencintai hanya karena Aku? Pada hari ini Aku akan melindungi mereka di hari yang tidak ada tempat berteduh dan berlindung kecuali perlindungan-Ku"
(HR. Muslim)




Wassalam =)

PandaPurple ^^


Thursday 4 April 2013

Sorry abah, saya janji tak lupa lagi.


Antara insan yang paling kita sayang sangat-sangat mestilah ibu bapa kita.

Tapi bila diajukan soalan antara dua buah hati kita ni, yang mana paling kita sayang, mesti jawapannya ibu kita. Laju je kan perkataan tu keluar. Mungkin sebab segala pengorbanan ibu kita dan ditambah lagi dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang cukup terkenal menbuatkan kita memilih jawapan itu.




Seorang sahabat pernah bertanya kepada baginda : 
" Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi?” 
Nabi menjawab, “Ibumu.” 
Orang itu bertanya lagi, “Selepas itu, siapa lagi?” 
Lalu Nabi menjawab, “Ibumu.” 
Dan orang itu bertanya lagi, “Selepas itu siapa, ya Rasulullah?” 
Maka Nabi menjawab lagi, “Ibumu.” 
Orang itu bertanya lagi, “Dan selepas itu, siapa ya Rasulullah?” 
Maka Nabi SAW menjawab, “Ayahmu.” 
[ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ]



Tapi................

Tahukah kita bahawa ayah atau abah atau walid atau daddy atau papa atau bapak juga mempunyai hak untuk mendapat kasih sayang kita? Pengorbanan mereka juga tiada tolok bandingnya. Dari kita kecil hinggalah mampu berdikari. Kalau dihitung, sampai tiada helaian kosong untuk dicatat. Itulah ayah kita.
Secara ringkasnya, pengorbanan ayah bermula sebelum beliau sendiri berkahwin. Yelah, nak kahwin anak orang ( ibu kita ) bukannya senang. Persediaan diri, tanggungjawab dan nafkah mesti bergerak seiring. Fasa perkahwinan bermula dengan mengambil seorang wanita sebagai isteri dan zaman bergelar ayah bermula dengan kehadiran kita. Demi memastikan ibu dan kita hidup senang, beliau mencari rezeki tanpa mengenal erti penat.


Bila kita dah lahir, siapa yang iqamatkan kita??

Haaa, mestilah ayah kan. Tanpa beliau, tak dapatlah kita dengar kata-kata indah dalam bait-bait iqamat itu kan. Tapi bro, ayah saudara atau lelaki yang lain pun boleh iqamatkan kita jugak kan?


Gambar Hiasan

Ya, betul. 
Tapi sekiranya setiap bayi diberikan pilihan, semestinya mereka mahu ayah mereka sendiri yang melakukannya bukan?

Kita beralih pula pada zaman tumbesaran kita. Siapa yang banyak mengajar kita cara untuk 'survive' dalam hidup yang penuh pancaroba ni secara praktikalnya? Cewahhh... Tentulah ayah. Ibu? Ibu kita lebih tertumpu kepada nasihat dan teori. Tak percaya? Ok, kita tengok situasi di mana kita mempunyai masalah dengan seorang budak yang suka mengejek kita di sekolah.



Ibu : " Kenapa dia buat macam tu? Man ada buat apa-apa kat dia ke? Takpe man. Man jangan balas tau. Kalau kita buat baik, Allah akan balas baik juga pada kita "

Ayah : " Kenapa dia buat macam tu? Man ada buat apa-apa kat dia ke? Takpe man. Lain kali kalau dia buat lagi, man cakap " Saya bagi tau cikgu besar ". Biar dia tahu siapa anak ayah. Kalau dia buat jugak, nanti man bawak ayah jumpa dia".


Sweet kan?? 

Tapi ini adalah contoh semata-mata. Mungkin lain orang, lain cara pendekatan ibu bapa yang diperolehi. Sekali lagi, ini adalah contoh semata-mata. Dilihat pula tentang pemilihan jurusan bidang untuk kita sambung belajar, tak kira kolej atau universiti. Ayah lebih banyak mengambil pendekatan ' pilihlah jurusan mana pun asalkan kamu suka'. Ayah lebih suka untuk menyokong minat kita manakala ibu lebih suka membimbing minat kita. Namun, kedua-dua cara ini seimbang dan membolehkan kita pilih jurusan dan bidang atau pilihan yang betul.

Bercakap tentang perkahwinan, semua orang tahu bahawa ayah adalah wali yang paling utama untuk seseorang wanita itu untuk diijabkabulkan. Hati ibu sudah tentu berat untuk melepaskan anaknya kepada sang suami. Namun, hati ayah tiada kurangnya. Bagaimana perasaan untuk menyerahkan seorang anak yang dilindungi dengan tulang empat keratnya? Hanya Allah yang tahu. Beliaulah yang menanggung semua dosa anak perempuannya dari kecil sehingga tanggungjawab itu digalas oleh suaminya. Dari sekecil-kecil dosa membuang sampah hingga ke sebesar-besar dosa yang pernah anaknya lakukan.

Terfikir pula sekiranya seorang ayah itu mempunyai 7 anak dan kesemuanya perempuan, agaknya berapa timbangan dosa yang perlu dipikul? Jika anaknya tidak menutup aurat dengan sempurna bagaimana? Allahurabbi, hanya Dia yang tahu berapa jumlah dosa itu.






Pengorbanan ayah,
tidak berhenti sampai di situ sahaja. Ada banyak lagi yang boleh kita rungkaikan di sini. Namun, saya percaya kita cukup tahu banyak mana pengorbanan ayah pada kita.


Harap-harap janganlah kita lupa pada setiap daripadanya.
Terdetik di hati , " Sorry abah, saya janji tak lupa lagi ".



-deepintothesea-