Wednesday 25 June 2014

KAEDAH PERAWATAN MODEN BERHUBUNG PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Sumber: Bab 28 Fikah Perubatan oleh Dr Harmy Mohd Yusoff, Ustaz Syamsul Kamal Abdullah, Dr Rosediani Muhammad dan Wan Nor Ainon Wan Abdullah

Kita mengetahui asas perbahasan fuqaha perihal perkara-perkara yang menyebabkan batalnya puasa. Perkara-perkara baru dalam isu perubatan dirujuk kepada illah yang sudah dibentangkan bagi menentukan sama ada ia membatalkan puasa ataupun tidak. Hasilnya kaedah-kaedah rawatan moden berikut didapati tidak membatalkan puasa:

1.      Menggunakan titis telinga ataupun pencuci telinga. Menggunakan ubat titis mata dan ubat titis hidung ataupun semburan hidung, sekiranya dielakkan menelan ke halkum.

2.      Menggunakan ubat yang diletak di bawah lidah (sublingual) seperti tablet nitroglycerin (GTN) yang biasanya digunakan bagi merawat sakit jantung sekiranya dielakkan menelan hingga ke halkum.

3.      Memasukkan semua bentuk rawatan ke dalam faraj yang melibatkan kemasukan alat atau ubat seperti pencucian atau air mandian, suppositori, vaginoscope, spekulum ataupun jari doktor yang memeriksa pesakit (digital examination). Ini juga termasuk memasukkan uteroscope ataupun intrauterine contraceptive device (IUD atau IUCD) dan selainnya ke dalam rahim.

4.      Memasukkan semua bentuk tiub atau bahan ke dalam badan melalui saluran kencing sama ada lelaki ataupun wanita seperti probe, urethroscope, contrast media atau ubat bagi mencuci pundi kencing.

5.      Mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak ataupun memberus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

6.      Menyuntik suntikan melalui kulit ke mana-mana lapisan anatomi bukan organ penghadaman- kecuali parenteral nutrition dan cecair tenaga yang bernutrien lain seperti glukosa atau dextrosa melalui saluran darah. Cecair-cecair ini dapat menguatkan badan melalui kajian saintifik.

7.      Memberi gas oksigen, gas bius ataupun selainnya.

8.      Menyapu ubat sapuan seperti krim atau minyak pada kulit walaupun terdapat bahan kimia yang menyerap ke dalam kulit seperti pelekat berubat pada kulit.

9.      Memasukkan semua jenis tiub melalui salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung ataupun mana-mana anggota badan (chateterization).

10.  Memasukkan laparoscope ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

11.  Menggunakan ubat kumur seperti mouth-rinsing gargle dan semburan ubat dalam mulut selagi mana tidak ditelan ke dalam tekak.

12.  Memasukkan gastroscope (teropong perut) ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan. Dalam hal ini, gastroscope tidak dianggap sebagai makanan walaupun sebahagian daripada alat itu mencecah perut dan usus kecil. Sebahagian daripada alat itu masih di luar badan. Namun begitu, perlu diingatkan, krim ataupun gel yang biasa digunakan semasa prosedur gastroscope boleh membatalkan puasa kerana ia boleh melekat di dalam perut ataupun usus.

13.  Mengambil sampel organ ataupun tisu daripada badan untuk tujuan perawatan ataupun kajian seperti hati ataupun mana-mana anggota badan (biopsi).

14.  Memasukkan apa-apa alat ataupun bahan rawatan ke dalam otak ataupun saraf tunjang.

15.  Mengambil ubat secara sedutan seperti ubat asma sama ada inhaler, tubuhaler, rotahaler dan nebulizer atau selainnya.

16.  Melakukan perawatan ataupun memasukkan ubat melalui anus (dubur).

17.  Melakukan pembedahan yang menggunakan bius penuh (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari selepas pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan. Namun begitu, sekiranya kesan daripada bius menyebabkan pesakit tidak sedar sepanjang hari berpuasa, maka tidak sah puasanya dalam keadaan tidak sedar. Syarat sah puasa hendaklah dalam keadaan sihat dan sedar.

18.  Melakukan rawatan pengganti fungsi buah pinggang sama ada peritoneal dialysis atau hemodialysis.

19.  Berbekam.

20.  Mengambil sampel darah untuk ujian makmal memindahkan daripada penderma darah ataupun orang yang menerima darah.

21.  Memasukkan semula salur darah yang terkeluar kerana penyakit buasir (hemorrhoids/piles). Buasir ialah pembengkakan dan pengembungan salur-salur darah bahagian rektum dan anus akibat dari inflamasi pada salur darah. Salur darah yang bengkak lebih terdedah kepada kecederaan dan pendarahan yang berlaku, Penulis berpandangan tidak batal puasa kerana tidak melibatkan sebarang makanan ataupun memenuhkan perut dalam proses ini.

Para fuqaha kontemporari dalam persidangan antarabangsa memutuskan kaedah-kaedah rawatan yang disenaraikan di atas tidak membatalkan puasa.

Dalam kes mengambil nebuliser terdapat ulama yang mengatakan batal puasa kerana ia mengandungi peratusan air yang akan masuk ke perut. Namun, pendapat yang mengatakan tidak batal puasa adalah lebih tepat kerana ia dianalogikan kepada berkumur-kumur dan bersiwak. Tidak dinafikan selepas berkumur-kumur, terdapat sisa air dalam kuantiti yang kecil di dalam mulut. Perkara ini dimaafkan. Begitu juga peratusan air yang terdapat dalam kandungan ubat nebuliser adalah minimum. Apatah lagi ia disembur dalam bentuk wap yang memasuki paru-paru. Kemungkinan peratusan kecil kandungan air masuk ke dalam perut dalam rawatan ini dimaafkan sama seperti amalan bersiwak dan berkumur-kumur.


Walau bagaimanapun, dalam beberapa perkara adalah lebih baik berhati-hati dengan cara mengelakkan daripada melakukannya pada siang hari iaitu semasa sedang berpuasa. Selagi keadaan tidak mendesak melakukannya pada siang hari seperti menderma darah, maka hendaklah dilakukan pada malam hari. Dibimbangi akibat menderma darah, penderma letih dan memaksanya berbuka. Pendapat ini selaras dengan amalan para sahabat nabi yang mengelakkan berbekam pada siang hari semasa berpuasa.


Tuesday 24 June 2014

KHIDMAT KOMUNITI KESIHATAN HULU BERNAM

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, sukarelawan PROACE Yayasan Amal telah bersama-sama berganding bahu dalam menyumbang tenaga dalam menjayakan satu lagi program khidmat komuniti kesihatan. Program kali ini diadakan di Perkampungan Orang Asli Hulu Bernam,  Selangor  pada 15 Jun 2014 yang lalu.


Program ini merupakan program turun padang dalam memberikan khidmat kesihatan masyarakat. Seramai 5 orang sukarelawan telah terlibat dalam menyediakan saringan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kandungan gula, khidmat nasihat kesihatan. Khidmat kesihatan kali ini diadakan menerusi ziarah rumah ke rumah. Program ini juga turut mendapat kerjasama daripada Lajnah Kebajikan PAS Selangor yang turut memberi sedikit sumbangan kepada setiap keluarga yang diziarahi.






Menerusi sumbangan PROACE Yayasan Amal ini kepada masyarakat, bukan sekadar dapat memberikan infomasi berkenaan kesihatan, juga dapat mendidik masyarakat sedikit sebanyak berkenaan kesihatan dan kepentingan dalam menjaganya. Mudaha-mudahan usaha kecil ini dapat memberi impak dalam mempromosikan dan melahirkan masyarakat yang sihat.







Khidmat kesihatan sukarelawan PROACE Yayasan Amal kepada penduduk setempat


Penyerahan sumbangan oleh Ustazah Mariam daripada Lajnah Kebajikan PAS Selangor


Antara sumbangan yang diedarkan kepada penduduk perkampungan orang asli


Sukarelawan PROACE Yayasan Amal yang terlibat bersama jawatankuasa kampung dan Lajnah Kebajikan


KHIDMAT KOMUNITI KESIHATAN SEKINCHAN

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, sukarelawan PROACE Yayasan Amal telah bersama-sama berganding bahu dalam menyumbang tenaga dalam menjayakan satu lagi program khidmat komuniti kesihatan. Program kali ini diadakan di Masjid Nurul Huda, Sg Leman, Sekinchan  Selangor  pada 14 Jun 2014 yang lalu.


Program ini merupakan program turun padang dalam memberikan khidmat kesihatan masyarakat. Seramai 7 orang sukarelawan telah  dalam menyediakan saringan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kandungan gula, khidmat nasihat kesihatan. Selain itu, sukarelawan PROACE Yayasan Amal juga telah membuat ‘Home visit’ ke beberapa rumah terpilih bagi memberikan khidmat kesihatan dan menyantuni masyarakat di sana.


Khidmat kesihatan sukarelawan PROACE Yayasan Amal kepada penduduk setempat



Menerusi sumbangan PROACE Yayasan Amal ini kepada masyarakat, bukan sekadar dapat memberikan infomasi berkenaan kesihatan, juga dapat mendidik masyarakat sedikit sebanyak berkenaan kesihatan dan kepentingan dalam menjaganya. Mudaha-mudahan usaha kecil ini dapat memberi impak dalam mempromosikan dan melahirkan masyarakat yang sihat.


Sesi konsultasi kesihatan


Ziarah rumah ke rumah bagi memberikan khidmat kesihatan
                                                                                                                      

KHIDMAT KOMUNITI KESIHATAN MERBAU SEMPAK

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, sukarelawan PROACE Yayasan Amal telah bersama-sama berganding bahu dalam menyumbang tenaga dalam menjayakan satu lagi program khidmat komuniti kesihatan. Program ini diadakan di Masjid Nurul Iman, Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor  pada 1 Jun 2014 yang lalu.


Program ini merupakan program turun padang dalam memberikan khidmat kesihatan masyarakat. Seramai 5 orang sukarelawan telah terlibat dan bekerjasama dengan pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sungai Buloh, dalam menyediakan saringan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kandungan gula, khidmat nasihat kesihatan, ‘health talk’, pameran agensi dadah dan derma darah. Selain itu, sukarelawan PROACE Yayasan Amal juga telah membuat ‘Home visit’ bagi menyantuni masyarakat di sana.


Sukarelawan PROACE Yayasan Amal menyantuni penduduk setempat




Menerusi sumbangan PROACE Yayasan Amal ini kepada masyarakat, bukan sekadar dapat memberikan infomasi berkenaan kesihatan, juga dapat mendidik masyarakat sedikit sebanyak berkenaan kesihatan dan kepentingan dalam menjaganya. Mudaha-mudahan usaha kecil ini dapat memberi impak dalam mempromosikan dan melahirkan masyarakat yang sihat.


Menziarahi veteran kampung, menimba begitu banyak pesanan dan nasihat


Menyantuni salah seorang veteran PAS. Banyak perkongsian dan nasihat diberikan kepada kami agar istiqamah dalam menyumbang kepada masyarakat 



KHIDMAT KOMUNITI KESIHATAN SEMPENA JELAJAH GEMS HULU LANGAT

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, sukarelawan PROACE Yayasan Amal telah bersama-sama berganding bahu dalam menyumbang tenaga dalam menjayakan program ‘Jelajah GEMS Hulu Langat’. Program ini merupakan sebuah program di bawah kerajaan Negeri Selangor dan telah diadakan di Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi pada 11 Mei 2014 yang lalu.


Program ini merupakan sebuah platform bagi kerajaan negeri dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk turun padang bertemu dengan rakyat setempat. Pada masa sama pelbagai aktiviti dilakukan yang melibatkan sluruh lapisan masyarakat seperti ‘walk-in interview’, program permotoran, ‘talk show’ kekeluargaan, gerai jualan, kempen membaca, pameran daripada jabatan dan agensi kerajaan serta banyak lagi.



Salah satu aktiviti yang disediakan adalah khidmat kesihatan. Seramai 20 orang sukarelawan telah terlibat dan bekerjasama dengan pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, dalam menyediakan saringan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kandungan gula, khidmat nasihat kesihatan dan bual santai berkenaan kesihatan.



Menerusi sumbangan PROACE Yayasan Amal ini kepada masyarakat, bukan sekadar dapat memberikan infomasi berkenaan kesihatan, juga dapat mendidik masyarakat sedikit sebanyak berkenaan kesihatan dan kepentingan dalam menjaganya. Mudaha-mudahan usaha kecil ini dapat memberi impak dalam mempromosikan dan melahirkan masyarakat yang sihat.


YB DR Halimah Ali turut melawat booth khidmat kesihatan


Health Talk oleh sukarelawan PROACE Yayasan Amal

MAJLIS MAKAN MALAM PUSAT DAKWAH SERANTAU

Alhamdulillah, pada 16 Mei 2014, PROACE Yayasan Amal telah menerima jemputan untuk sama-sama memeriahkan Majlis Makan Malam bagi memperkenalkan Pusat Dakwah Serantau. Majlis ini merupakan anjuran Yayasan Amal Malaysia dan telah diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor.
Majlis ini diadakan bagi memperkenalkan Pusat Dakwah Serantau yang menjadi salah satu produk Yayasan Amal Malaysia dalam bidang dakwah dan pendidikan bagi melahirkan para daie yang berilmu dan berwibawa. Pelajar-pelajar yang menyertai pusat dakwah ini terdiri daripada mereka yang datang dari kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli dari Sabah dan Sarawak. Mereka kelak yang akan menjadi duta kepada Islam dalam menyebarkan dakwah di kawasan masing-masing.

Majlis ini juga bermatlamat bagi mengumpul dana pembinaan daie dan juga dana bagi membina Kompleks Pusat Dakwah Serantau. Ini sekaligus dapat menyediakan ruang dan kemudahan yang kondusif bagi pelajar-pelajar menimba ilmu dan kemahiran di pusat dakwah ini.


Pada majlis tersebut, seramai 10 ahli PROACE Yayasan Amal telah hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis itu. Turut serta pada majlis tersebut adalah Menteri Besar Kelantan, beberapa Exco Kerajaan Negeri Selangor, Setiausaha Agung PAS, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia dan ramai lagi. Majlis tersebut diserikan dengan beberapa ucapan pimpinan dan juga persembahan nasyid dari pelajar Pusat Dakwah Serantau dan juga daripada kumpulan nasyid Shoutul Amal.