Setiap kali tinggal berjauhan
dengan keluarga, teringat ketika bersekolah dulu perlu tinggal di asrama.
Begitu juga sekarang, semasa berada di universiti, juga tinggal di asrama, jauh
dari keluarga yang tersayang.
Kebanyakan mesti pernah melalui pengalaman, diawal-awal
berjauhan daripada keluarga, kaki ini pasti berat untuk melangkah, hati ini
sepi, perasaan bercampur-campur, almaklumlah ‘baiti jannati’.
Lama-kelamaan mulalah
bersahabat, semakin hari semakin ramai sahabat, semakin rapat, malah semakin
hari semakin cintakan mereka, “Oppss...cintakan
sahabat-sahabat kita la...kamu semua jangan fikir bukan-bukan” Sejak
bersahabat ini, ada yang bertanya dengan nada sinis, “Mana keluarga? Dah tak rindu ke?”
Alamak, bukan macam tu la, rindu
tu rindu, mana boleh tak rindu, usrati jannati. Kamu jangan suka-suka nak duga
hati ni, nanti tak pasal-pasal homesick,
maka husnudzon lah ye.
Hakikatnya dalam hidup ini, kita
perlu realistik, berada di asrama, apabila celik mata, yang pertama kita nampak
adalah roommate kita, abila buka
pintu untuk ke bilik air, terserempak pula dengan jiran-jiran yang juga rakan satu kuliyah
kita. Banyak masa ketika belajar ini sebenarnya
kita lebih rapat dengan sahabat, lebih banyak bergaul dengan sahabat, apa-apa
masalah, yang paling dekat untuk kita semua cari tempat mengadu adalah, “haaa ALLAH SWT!!”.
Yang itu memang tak boleh dinafikan.
Tetapi begitu Allah sayangkan kita, Dia tidak pernah tinggalkan kita
keseorangan, walaupun kita jauh daripada keluarga. Allah telah gantikan ruang
yang kosong itu dengan sahabat-sahabat yang baik dengan kita semua.
Merekalah keluarga kita di sini.
“Eh, sekejap sahabat sekejap
keluarga, ayyo PENINGLAAA!!”
Ada yang pening? Tak lah, tak ada apa yang perlu
dipeningkan dengan statement ini. Ya
memang benar, sahabat itu boleh jadi sebahagian daripada keluarga kita. “Erkk kamu nak aku KAHWIN dengan kawan aku
tu ke??”
Eh bukan macam tu (tapi kalau ada berkenan dengan mana-mana
kawan yang ada apa salahnya). Baik, sebenarnya ada 3 ciri yang perlu ada pada seseorang
untuk orang merasai kehadiran dia dalam hidup sahabatnya seolah-olah satu
keluarga.
Ciri yang pertama adalah KENAL. Semestinya perkara pertama yang
perlu dilakukan adalah berkenalan antara satu sama lain. Bak kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta. Ingat cinta ni untuk mereka yang berkahwin je? Dalam
bersahabat, berkawan, juga ada cinta. Kenal bukan sekadar mengetahui nama,
asal, tempat tinggal, tetapi perlu tahu sahabat kita ni ‘jenis’ yang bagaimana.
Kenal perkara-perkara yang disukainya dan perkara yang tidak digemarinya, juga
mengenali keluarganya serta mengenali rakan-rakannya yang lain. Oleh itu, JOM
kita bina ukhuwah dengan bertaaruf, berkenalan antara satu sama lain.
Kedua adalah FAHAMI sahabat kita. Apabila bercakap
berkenaan ‘faham’ ini, benda yang pertama
terlintas dalam fikiran setiap orang adalah faham perasaan sahabat kita.
Cuba selami jiwa dan perasaan mereka. Ada sahabat yang kita akan nampak dia
sentiasa tersenyum, sentiasa happy,
sentiasa nampak cool, tetapi apabila
kita selami sahabat kita itu, rupa-rupanya disebalik senyuman itu, betimbun-timbun
kerja dan tanggungjawab yang perlu dipikulnya, bermacam masalah yang dihadapinya,
masalah keluarga, ada yang baru putus cinta, ada yang baru lepas kena marah
dengan lecturer, ada yang bermasalah
dalam study, failed exam dan banyak
lagi.
“Bila kau sudi selami dalami dan mengalami”, lirik lagu 'Teman Pengganti' ini seolah-olah sesuai dengan part
ni. Maka baru kita akan rasa, “Wow, diorang
boleh senyum dan ketawa lagi,”
Jadi apa yang boleh kita fahami,
ada dua perkara. Pertama betapa mereka ini cuba melindungi kesusahan yang
dihadapinya daripada dilihat dan dirasai oleh orang lain, dan kedua betapa
mereka ini cukup kuat dengan ujian yang ditimpa keatasnya. Secara peribadi,
yang kedua lebih bermakna walaupun memilih untuk kedua-duanya. Yang kedua itu
banyak mengajar bahawa ‘ujian itu menambahkan
dan menguatkan iman!!”
Selepas kita memahami diri
sahabat kita, senang untuk kita berkongsi apa-apa perkara bersama sahabat dan
juga sebaliknya, mereka berkongsi dengan kita. Maka disini, ciri yang ketiga
akan muncul iaitu saling BANTU-MEMBANTU
antara satu sama lain, atau dalam kata lain, takaful.
Jika kita dapat faham keadaan
sahabat kita, kita akan tahu dimana yang perlu kita bantu dan dimana peranan
kita sebagai seorang sahabat dapat dilaksanakan. Yang paling penting, kita
mesti bersedia untuk membantu walaupun
hanya dengan mengirim doa. Jika kita benar-benar merasai nilai sahabat itu, sampai
satu tahap, kita akan melebihkan diri sahabat kita itu lebih dari diri kita
sendiri, maka itulah tahap ukhuwah yang
tertinggi, ITHAR.
Teringat kisah bagaimana
sayangnya Abu Bakar As-siddiq terhadap Nabi Muhammad s.a.w, ketika mereka bersembunyi
di dalam gua semasa peristiwa hijrah. Beliau sanggup menahan sakit dipatuk ular
semata-mata untuk tidak mengejutkan Nabi Muhammad s.a.w. dari tidurnya. Begitu juga dalam peristiwa yang
sama, Ali b Abi Talib, sanggup tidur di tempat tidur Nabi saw ketika cubaan
membunuh Nabi Muhamad s.a.w. oleh kafir Quraisy ketika itu.
Oleh itu, diri
kita, jika kita benar-benar mahu menjadi sahabat yang sedemikian, mulakan
mendidik diri kita dari sekarang. Jika setakat belanja kawan tak perlulah kita
berkira sangat, jika kawan mahu pinjam nota, berikan, jika kawan minta diberi
tunjuk ajar, jangan sesekali sombong, jika kawan mengajak untuk solat bejemaah,
“Apa lagi, JOM!!” Jika kawan meluahkan sesuatu perkara, luangkan masa untuknya,
jika diri ini tidak mampu membantu mereka
dan mengikut jejak Ali dan Abu Bakar, paling tidak bantulah semampu yang boleh,
hatta hanya dengan doa sekalipun.
Jadi, bila kita kenal, kita
faham, kita saling membantu sahabat kita, inilah keluarga yang dikatakan itu.
SEBUAH KELUARGA yang bukannya
didirikan atas dasar warisan mahupun aliran darah, tetapi ianya DIDIRIKAN atas
dasar NILAI-NILAI sebuah keluarga serta melalui FUNGSI diri.
Mereka yang berada di sekeliling
yang bergelar SAHABAT yang diikat dengan ikatan UKHUWAH. Sesungguhnya kita
semua adalah bersaudara, maka disini, diri kita bukan sekadar seorang sahabat
tetapi juga merangkap seorang kakak, abang, umi, adik, ayah ataupun guru kepada
sahabat kita. Maka kita, adalah seorang sahabat yang melebihi nilai sahabat
itu.
Nukilan : 5apik
Artikel menarik..teruskan usaha..Thumb up!!^^
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDelete