Sunday 31 March 2013

Coretan Odyssey



Aduhai hati yang selalu gundah gulana. 
Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawi. 
Sedangkan dunia itu sering menipu. 
Bukankah kehidupan ini penuh dengan tipu daya di sana sini?


Maka, hendaklah susun langkahmu penuh hati-hati.
Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. 
Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. 
Lantas, bagaimana masih lagi memikirkan hal duniamu?


Perbanyakkanlah berfikir, 
renung penuh bererti.. 
Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul 'Izzati..?


Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNYA? 
Akan beratkah amal yang akan engkau bawa? 


Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. 
Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada.. 
Semoga, akan hadir dalam hati jiwa yang sensitif dengan dosa. 
Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. 


Ketahuilah.. 
itulah antara ciri-ciri mereka yang akrab dengan tuhanNya. 
Yang punya Ihsan dalam hatinya. 
Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. 
sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini ALLAH MAHA MELIHAT.


Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. 
Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati.. 
"Adakah kamu mengaku beriman,
sedangkan kamu belum diuji?" 
Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. 
Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu.. Hanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.


Lupakah, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. 
Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. 
Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian.. 
Maka, janganlah lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini... 
akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah..


Penuhkanlah jiwa dan hati dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. 
Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, 
mengikut sunnah kekasihNya. 


Yakinlah, 
barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah TAQWA.


Kembalikanlah hati kepada Rab.. 
Kerana DIA lah pemilik segala yang ‛dimiliki'.. 
Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juang.


Sudah menjadi sunnatullah bahawa setiap hambaNYA akan diuji.


Namun,setiap ujian daripada Allah kepada setiap dari hambaNYA adalah berbeza. 
Aku diuji dengan cara begini,kamu diuji dengan cara begitu dan dia diuji dengan cara demikian. Berbeza semuanya. Jadi tidak ada ruang untuk kita mengatakan yang hanya kita sahaja diuji serta mempunyai masalah dan orang lain tidak. 


Kerana pada hakikatnya, setiap hambaNYA pasti akan diuji. 


Cuma bagaimana cara kita untuk menangani dan menghadapi setiap ujian itu. Andai langkah yang diambil adalah betul,maka mudahlah untuk kita selesaikan setiap ujian dan masalah yang bertandang tanpa dijemput itu. Namun,ujian dalam arena dakwah datang silih berganti. Bagai tidak ada hentinya untuk menguji ketetapan hati seorang dai'e. Diuji dari segenap sudut. Masalah persahabatan, gerak kerja, keluarga dan tidak terkecuali fokus utama sebagai pelajar, masalah akademik..


Ujian itu satu tarbiyah daripada Allah,
Semakin dekat diri kepadanya,
Semakin kuat taufan yang melanda,
Biar rebah, Jangan berubah,
Biar terbuang ,Teruslah berjuang.
Senyum mujahid, Memburu syahid






Ujian adalah tarbiyah dari Allah untuk menguji kekuatan dan keteguhan iman kepada Allah. Semakin galak dan garang kita beribadat kepada Allah makin banyak ujian yang bertamu. Bagai tiada hentinya. 


Namun,
tidak dapat dinafikan ujian juga ibarat penambah rasa dalam masakan kehidupan.
Yang terkadang manis, masin dan pahit. 
Menyempurnakan masakan kehidupan. 


Pengalaman diuji antara aku dan dia,
tetap berlainan meski pun diuji tentang perkara yang 'sama'.
Lumrah manusia, suka untuk membuat penilaian dengan pandangan mata kasar, tanpa berfikir dan memerhati dengan mata hati. 


Jangan biarkan diri kita menambahkan tekanan mereka yang sudah sedia ada. Sebaliknya jadilah insan yang memberi sinar baru buat diri mereka. Jadilah seorang sahabat fillah. Yang menjadi penyokong kala diri rakan kita dilanda ujian.


Thursday 28 March 2013

Bila Rindu Itu Hilang


Bila kemuncaknya hati kita rindukan saat-saat mengadu, merintih, meminta pada Allah, rindukan sujud merayu pada pertolongan Dia? Tidak lain tidak bukan bila kita berada pada saat-saat genting diuji, dihimpit dengan masalah dan dibebani dengan pelbagai musibah.

Pada masa itu lah, hati kita harap benar pada satu pautan. Pautan yang begitu kukuh. Juga tercari-cari pada satu tempat untuk mengadu, bercerita. Seolah-olah tidak mahu berganjak dari tempat sejadah, bertahajjud. Seakan-akan tidak mahu mengangkat dahi ni dari sujud mencium lantai.
Time tu jugak lah, hati ni tiba-tiba tak sabar menunggu waktu solat, tak sabar mahu menunggu malam menjelang, tak sabar juga mahu menghinjak pintu-pintu surau. Hati juga meronta-ronta mahu mencapai surat cinta Allah, mahu belek satu persatu mukasurat kitab suci itu dan mencari-cari kata-kata dari Dia untuk pujuk hati. Saat itu juga air mata tak henti-henti keluar bila kata-kata tu terkena pada batang hidung sendiri. Bibir dan hati juga turut sama berlumba-lumba panjatkan doa setiap masa.
Ahh senang cerita, time tengah susah, tengah berat tu lah kita jadi alim, baik, tawadhuk. semua nak ingat Allah. Tak lama kemudian, dugaan tu pun berlalu. Settle. Habis dah. Hilang. Fainnamal 'usri yusra, seperti yang Allah janjikan. Betul?

Sayangnya, beberapa ketika berlalu.. hati kecil ni tak lagi rindu. Dah tak ternanti-nanti waktu solat. Dah tak ternanti-nanti jam empat atau lima pagi mahu bertahajjud, bermunajat pada Allah. Sudah hilang hati yang selalunya menjerit-jerit mahu sujud lama-lama pada lantai sejadah. Dah tak ada lagi hati yang rindu nak bermonolog, bercerita, mengadu pada Yang Esa. Al-Quran pun entah kemana letaknya. Bayangan sejadah pun tak nampak dah. Surau apatah lagi. Rindu tu.. hilang..
rindu sayang mana boleh paksa, kan?
Lalu kemudian dengan penuh kasih sayang, Allah titipkan balik rindu tu dalam hati kita. dengan cara, Dia kirimkan kita dengan menda yang kita tak suka tu. Yang dinamakan ujian. Musibah. Supaya rindu bertandang kembali dalam hati kita. Kerana rindu tu, mampu jadikan kita ni penghuni syurga.
Mestinya, kita tak sukakan musibah. Tapi kalau encik musibah tu tak datang, agak-agaknya ada tak lagi ruang rindu pada Sang pencipta?

Hmm,
Sedar tak sedar, Dia begitu sayangkan kita. Cintakan kita. Semua yang Dia buat, semuanya untuk pastikan kita ni masuk syurga. Tapi manusia ni tetap jugak memilih yang bukan syurga.



“ Wahai orang-orang beriman !
Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan
solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar ”
(2 : 153)


Kadang-kadang, Allah bukannya minta kita berfikir panjang, duk pening-pening ingat pasal masalah, pasal musibah. Kadangkala Dia cuma mahukan kita bersabar, solat dan sentiasa ingat pada Dia.


 

rindu saat itu



:: leen
kita juga manusia biasa seperti yang lain. dan kita juga pasti pernah, kehilangan rindu itu

Wednesday 27 March 2013

Open Heart Surgery


Subuh yang dingin itu, aku berfikir, dalam ramai-ramai manusia yang hidupnya jauh daripada Allah, aku yakin 150 juta kali yakin, jauh di sudut hati mereka, mereka mahu berubah. Aku yakin sebab fitrah manusia itu sukakan kebaikan sukakan ketenangan. Tak ke? Cuma mungkin tidak mempunyai biah atau suasana yang membantunya untuk berubah. Mungkin sebab pengaruh kawan-kawan sendiri. *p/s : sebab tu kena bijak dalam memilih sahabat. Macam mana nak tau yang hati mereka itu masih hidup? Masih boleh dipulih dan diperelokkan? Hati aku ni jugak, adakah hati yang sihat atau sakit?


Dulu, pernah terbaca, tanda-tanda hati yang hidup dan sihat ialah :
  • masih boleh bergetar dengan bacaan Al Quran
  • masih boleh teralun dengan alunan zikrullah
  • ada kesan pada hati bila nama Allah disebut
  • hati menjadi tenang bila ada orang memberi teguran atau
  • hati rasa terpukul apabila diberi nasihat
  • hati itu masih mahu mengingati Allah, hati itu tidak hilang pekanya.


" Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut 'Allah', gementarlah hati mereka, apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanannya dan kepada Tuhan mereka sahaja mereka bertawakal "
( Surah Al Anfal : ayat 2 )



Ohh cemtu. 
Okay now apa kata kita buat something yang lebih praktikal.


Cuba kita semua ambil sehelai kertas kosong, then lukiskan bentuk HATI. Lukis comel-comel sebab Allahu Rabbuna yang Maha Penyayang mula-mula dulu bagi kita hati bagi yang comel yang cantik bersih. Itu fitrah. Okay lepastu, fikirkan balik dosa dan maksiat yang kita pernah lakukan. Satu dosa, letakkan satu titik hitam di atas lukisan hati itu. Sejujurnya, hisab dosa-dosa kita sampai habis, lepastu tengok apa yang terjadi kepada ' hati ' kita?  Banyak putih ke atau banyak hitamnya? Ataupun jadi hitam macam punggung periuk? 


Nilai.
Jika sudah terlalu hitam, maka hati itu telah mati. Jika banyak sangat bintik, maka itu tandanya hati sakit. Jika bintik itu amat sedikit, tandanya hati masih hidup tetapi serangan virus perlu dikekang segera. Antara kerugian apabila hati mula sakit ialah hilangnya rasa kemanisan dalam beribadah kepada Allah. Kalau tak dikekang, hati boleh mati. SERIOUSLY??? Serious lah, tak tipu *waving jari.



Pesan Imam Ghazali, carilah hatimu di tiga tempat.

1) Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran.
2) Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
3) Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.

Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, 
pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.



Dari mana ' polka dot ' hitam tu datang? Macam mana?
Apabila kita melakukan maksiat, pada hati kita akan tumbuh bintik hitam, kepekaan hati kita berkurang, dengan orang dan keadaan sekeliling pun hati jadi tak sensitif, jiwa rasa lemah, tubuh badan rasa berat untuk beribadah, dan lama kelamaan kita akan menganggap dosa itu satu kebiasaan. And last, jiwa rasa jauh dari Allah. Tu yang bila gagal exam contohnya, semua pakat nak bunuh diri sebab stress. Atau lain contoh, bila ada perselisihan faham dengan sahabat, semua lupa janji ukhuwwah fillah yang dilafaz, semua pakat lepas geram kat muka buku dengan kata-kata yang kurang sopan. Lupa bahawa Allah yang pegang hati-hati kita. Jadi kepada Dia lah kita sepatutnya mengadu.


Konklusinya, hati yang sakit lagi mudah untuk Syaitan masuk, menggoda untuk kita melakukan pelbagai lagi perkara maksiat dan merosakkannya untuk jadi hati yang mati. Jagalah, rawatlah hati sementara hati masih hidup. Buat recheck list pasal hati kita, renungkan, fikirkan, dan mulalah tinggalkan perkara-perkara maksiat dan dosa-dosa kecil. Sayonara Jahiliyyah. Ya, isi hidup dengan perkara yang bermakna, penuh kasih sayang dan rahmat dan redha dari Allah. 


Boleh mulakan dengan amal kebaikan yang mudah sebagai permulaan. Contohnya :
  • Senyum, beri salam
  • Sedekah
  • Baca Al Quran setiap hari satu muka surat *kalau malas sangat, sehari 7 ayat
  • Alunkan zikrullah. Dalam hati pun boleh.
  • Berdoa untuk kebaikan diri, keluarga, sahabat-sahabat, guru-guru, dan seluruh saudara-mara seIslam.
  • Selawat ke atas nabi is amal kebaikan yg paling mudah dan fadhilatnya sangat besar
  • Jaga solat lima waktu
  • Jaga aurat, jaga ikhtilat
  • Baca Ma'thurat pagi dan petang
  • Bahaskan pendapat, gain knowledge and broad your mind dengan kumpulan USRAH. Bubuhlah nama sesedap ubi kat group usrah tu. Hawariyyun ke, GenIUS ke, Wonderpet ke, Geng Allah's Seeker ke. Suka hati, be happy :)

Jangan risau, jangan rasa segan untuk berubah. Why need to worry when you have Allah to pray? Percayalah, jika kita menghampiri Allah selangkah, Allah akan menghampiri kita seribu langkah, jika kita berjalan mendekatiNya, maka Dia akan berlari dengan pantas mendekati kita. Plus minus, macam tu lah perumpamaannya.



Bersangka baiklah dengan saudaramu,
bimbing mereka ke jalan yang benar.
- Adrenaline -


Saturday 23 March 2013

Reclaim Our Ambition.


“If you want to be a great people, mingle and live together with great people, insyaallah, you’ll become one!”




One day,there is a group of tabi’in, they sit on the platform of the Ka'bah, and chatting and talking among themselves.

Then, Mus'ab bin Umair starts the conversation by saying, "Be ambitious!"

All of his sahabah  are silent and they refused  to talk and share about their ambitions, maybe they shy. May be.

So they requested  Mus'ab to be the first to tell about his ambition and desire. "O Mus'ab, why not start with yours first?", said his sahabah.

Musab smiled and he replied, "I want to be able to conquer the Muslim regions of Iraq, I want to marry princess Sakinah Hussein, and Aisha bint Talhah bin 'Ubaidullah."

Several years later, because of his enthusiastic and focused ambition, Musab got what he dreamt before.

Another sahabah, Urwah bin Zubair, also shared about his ambition. He said he would like to master knowledge of fiqh and hadith. In the history of Islam, Urwah indeed, become one of  the prominent scholars of fiqh and  yet, he had so many narratives.

Then, it was Abdul Malik bin Marwan’s turn. What are his ambitions? He said he wanted to be the ruler. And it has been proven that in the end he became caliph at the time of Caliph Umawiyah. In fact, he is not only a ruler that has a lot of knowledge and a strong serve, but to be the pioneer of the postal system, he managed to translate many foreign books and a coinage of gold.

Lastly, Abdullah bin Umar disclose what he desires about. He insisted that his ambition is heaven!
Subhanallah.


Ambitions of community along with the Prophet



That generation of tabi'in, what about the generation of the companions of the Prophet who lived contemporary with him?

Umar al-Khattab once ask his friends to share among themselves about their dreams. He said, “Be ambitious!”

Then, one of his friend remarked, "I want the entire building fill with gold so that I can infak it in the path of Allah".

Umar said for the second time, “Be ambitious!”

Someone said, "I want this room fill with jewels and pearls so that I can infaq it in the path of Allah".

Umar said again, “Be ambitious!”

They say, "We do not know what else we want to be, O’ Umar".

Then, Umar Al-Khattab said, "I want to be approached  by a great men such as Abu Ubaidah bin Jarrah, so that I can strive in the path of God with him."
Subhanallah. Unusually great!

So, what is the ibrah or lessons that we can get from this story?!

Yeah, we have to be ambitious!


Shared and expressed your ambitions make other people to be inspired with your ambitions as well as you being inspired by other’s ambition. But yet, the most important thing to make your dreams come true is TO MAKE AN ACTION! Wake up and take a step, and move forward, don’t ever turn back, past is past,and future is what you gonna be faced  later.

And, last but not least, remember the 3C’s, life mnemonic 



In Surah Ar-Rad, verses11, Allah said that, "Verily, Allah will not change the fate of a people until the people themselves changed what was in them".

So, choices is in our hands, what we have to do is to THINK wisely and make a good CHOICE, grab whatever CHANCE you see, and  make a CHANGE! 


Wallahua’alam.

Hawariyyun

Buat Sang PENDAKWAH… Tetaplah Kalian



Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata:  "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham) : "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. 
(Surah Fussilat : 30)



  1. Sejak diri ini belum dilahirkan ke dunia, sudah tersiap dua tanggungjawab buat mereka yang bergelar manusia. Tanggungjawab yang sudahpun diketahui umum, terutama mereka yang bernama muslim. Tanyalah siapa sahaja, “apakah tugas kamu di muka bumi ini ?” semestinya jawapan yang diberikan adalah sebagai hamba dan khalifah.


  1. Ya, sebagai hamba dan khalifah. Hamba iaitu dengan beribadah kepada Allah s.w.t, Tuhan Yang Esa, khalifah pula sebagai pemimpin, pengurus dunia ini sesuai dengan misi Islam itu diturunkun sebagai agama rahmatan lilaalamin.



  1. Realiti pada hari ini, ramai yang berfungsi sebagai hamba, tetapi sangat sedikit mereka yang melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah. Menjadi khalifah yakni sebagai pemimpin, memerlukan sesorang itu bukan sahaja memikirkan hal-hal berkaitan dirinya dengan Allah s.w.t semata-mata, tetapi lebih dari itu, memerlukan seseorang itu memikirkan tentang orang lain, memikirkan dan mengambil berat berkenaan Islam dan masalah umat.


  1. Memikirkan tentang umat, mungkin tidak terjangkau dek kemampuan kita, tetapi dengan memikirkan perkara itu dalam radar rakan-rakan dalam satu pengajian yang sama, ataupun tempat kerja yang sama  adalah memadai menunjukkan tanggungjawab yang dijalankan sebagai khalifah ini menerusi kerja-kerja dakwah yang dijalankan.



  1. Apa sahaja gelaran, samada sebagai pendakwah, ahli gerakan atau jemaah, seorang naqib atau naqibah, maka beruntunglah kalian kerana berada di lapangan pelaksanaan tanggungjawab sebagai khalifah ini.


  1. Apabila bergelar ahli gerakan, mahupun sebagai naqib dan naqibah, semestinya banyak ujian yang dihadapi. Ujian paling besar adalah hadir dari dalam diri individu itu sendiri. Persoalan seperti, “Layakkah aku berada dalam jemaah ini?”, “Layakkah aku bergelar naqib/naqibah?” Lebih dari itu, ada yang merasakan keberadaan mereka di lapangan dakwah ini adalah satu kesilapan, dirinya dipaksa oleh rakan-rakan yang lain, atau mungkin ‘saja-saja’ mahu mencuba benda baru. Apapun persoalannya, yakinlah bahawa diri ini mampu melaksanakannya dan apapun alasan yang diberikan yakinlah bahawa itulah caranya diri ini ‘dipilih’ Allah s.w.t untuk berada di lapangan ini.


  


  1. Lumrah berbuat baik, semestinya akan diuji oleh Allah s.w.t. Semakin besar kebaikan yang dilakukan, semakin besar ujian yang akan dihadapi. Ujian ini tidak lain sebagai ujian menilai keampuhan iman disamping meningkatkan dan menguatkan lagi iman, pegangan, ikatan dengan Allah s.w.t.


  1. Lihat sahaja bagaimana kisah penurunan wahyu pertama, pertabalan Muhammad s.a.w sebagai nabi dimana peristiwa tersebut terakam di gua Hira’. Sekembalinya Nabi s.a.w dari gua Hira’, di pangkuan isterinya, Siti Khadijah, Nabi s.a.w dalam keadaan berselimut, menggigil ketakutan, dengan amanah yang dipikulkan oleh Allah s.w.t kepadanya yang ditrurunkna dengan perantara Jibril a.s. Begitulah juga kisahnya dengan pelantikan Umar Abdul Aziz sebagai khalifah dimana beberapa hari selepas pelantikan beliau, dihadapan khalayak rakyat ketika itu, Umar bangun menegaskan bahawa, “Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu, tetapi akulah yang paling berat beban yang dipikul,” lantas Umar duduk, dan menangis kerana terasa berat beban tanggungjawab sebagai khalifah.



  1. Ya, memang berat tanggungjawab ini. Sebuah tanggungjawab yang bukan sahaja di dunia ini sudah dipersoal oleh rakan-rakan, orang ramai, tetapi lebih daripada itu, di depan Allah s.w.t di hari perhitungan mahsyar kelak, tanggungjawab yang dipikul di dunia ini akan dinilai oleh Allah s.w.t yang maha teliti dan sempurna penilaianNya.


  1. Tetapi, adakah Nabi s.a.w kekal dalam keadaan berselimut ketakutan? Adakah khalifah Umar Abdul Aziz kekal dalam keadaan menangisi bebanan yang berat dipikulnya? Semestinya TIDAK, malah mereka tetap dan teguh serta istiqamah melaksanakan tanggungjawab yang dipikulnya.



  1. Nabi s.a.w, sebagai khatimul anbiya’ adalah individu yang paling berat tanggungjawabnya. Sebagai nabi dan rasul bagi umat akhir zaman, smestinya tanggungjawab baginda cukup besar dalam meletakkan pasakan Islam yang kukuh. Nabi s.a.w bukan sahaja perlu memastikan Islam itu bekembang di zamannya, tetapi lebih dari itu, Islam yang dipasakkan oleh baginda s.a.w mestilah berkembang dan terus bertahan sehingga tarikh akhir dunia ini. Alhamdulillah, walaupun sudah lebih 1400 tahun jaraknya diri pada hari ini dengan perjuangan Nabi s.a.w, Islam masih lagi bertahan dan terus berkembang dan diri ini bertuah dan bersyukur menjadi sebahagian daripada mereka yang bergelar muslim.


  1. Walaupun Nabi s.a.w adalah kekasih Allah, tetapi Nabi s.a.w jugalah orang yang paling banyak dan berat ujian yang ditimpanya. Kekasih Allah, bukanlah tiket untuk Nabi s.a.w hidup senang lenang di dunia ini, malah Nabi s.a.w memilih kesenangan dan kebahagian hidup di akhirat yang kekal kelak. Ini sebagai bukti bahawa, orang yang paling dekat dengan Allah s.w.t adalah orang yang paling banyak dan berat ujian yang Allah s.w.t turunkan keatasnya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "
(Surah Al-Ankabut: 2-3)


  1. Oleh itu, sememangnya berada di jalan ini akan banyak ujian yang akan dihadapi. Samada ujian itu datang dari diri sendiri, ataupun ujian yang datang daripada tentangan ataupun mereka yang tidak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan disamping menghadapi mereka yang tidak mahu menerima pendekatan dan penyampaian dakwah yang dilaksanakan.

"demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar."
(Al-Baqarah:155)


  1. Ya, memang berat tanggungjawab ini, tetapi yakinlah bahawa tanggungjwab ini datangnya dari Allah s.w.t. Semestinya Allah s.w.t tidak akan sesekali membebankan umatNya dengan bebanan yang tidak mampu dipikul malah Allah s.w.t tidak akan sesekali membiarkan umatNya keseorangan dalam tanggungjawab dakwah ini.



  1. Untuk itu, Allah s.w.t menurunkun kalamNya, Al-Quran, sebagai panduan kepada umat manusia hidup dan menjalankan tanggungjawab yang dutuskan ke atas mereka. Allah s.w.t utuskan Nabi s.a.w sebagai rujukan dan ikutan, contoh teladan untuk umat manusia.


  1. Panduan sudah tersedia, yang dituntut hanyalah ketetapan dan istiqamah  dari diri mereka yang bergelar sang pendakwah ini. Istiqamah dari sudut tarbiyah diri, dengan sentiasa membaiki hubungan dengan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w serta hubungan sesama manusia yang lain.  Mempelajari dan menguasai ilmu yang tidak terbatas hanya pada kurikulum pengajian di dewan kuliyah. Tetap dan sabar dengan segala ujian yang mendatang yang sepatutnya mereka ini sudah menjangkakan hal berkenaan ujian-ujian ini sedari kaki ini melangkah masuk ke lapangan dakwah dan sudahpun bersedia menghadapinya. Maka ini semua akan membuahkan ketetapan dan istiqamah diri untuk sentiasa berada dalam gerakan dakwah.


"Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada seorang pun selain engkau. Baginda bersabda, "Katakanlah, "Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah (jangan menyimpang)."
(Hadis Riwayat Muslim)



Sudah menjadi resam dalam gerakan dakwah ini, akan senantiasa diuji. Tanggungjawab ini cukup berat untuk dipikul, hinggakan perbandingan yang dibuat Allah s.w.t. tidak terpikul oleh gunung malah gunung boleh hancur dek kerana berat beban tanggungjawab ini. Hakikat ini disedari sendiri oleh para pendakwah, tetapi apa yang berlaku, ramai yang tahu tentang berat beban dan ujian di medan ini tetapi ramai juga yang tidak menggunakan ‘tahu’ itu untuk membuat persediaan dan untuk sentiasa dalam keadaan bersedia. Lantas kita melihat ramai yang apabila melangkah ke medan ini membuat pusingan ‘u’, menjauhkan dan melarikan diri dari medan dakwah ini. Rohani, jasmani, mental dan semangat perlu sentiasa bersedia dan bersatu. Di dalam berat beban ini, ingatlah bahawa, Allah s.w.t itu tidak menzalimi hambaNya lalu diberikan hambaNya panduan dan rujukan, dan tidak membebankan sesuatu itu melebihi kemampuan hambaNya kerana sesungguhnya Allah s.w.t itu maha mengetahui akan sesuatu hal sedangkan kita tidak mengetahui. Dengan pahit payah dunia yang sementara ini lah, dikurniakan pahala yang berlipat ganda, diteguhkan iman, mengangkat darjat dan kemuliaan mereka, untuk mereka mengecapi manis keseronokan dan kebahagiaan hidup di ahirat yang kekal kelak. Mungkin apabila membaca artikel ini, ada yang sedang ‘dilema’ untuk melangkah ke medan dakwah ini. Tanyalah pada diri sendiri, adakah aku ini sudah benar-benar menjadi hambaMU ya Allah??  


Sesungguhnya agama ini mudah, 
tidaklah seseorang berlebih-lebihan dalam menjalankan agama kecuali ia akan keberatan sendiri. Tepatilah kebenaran atau apa-apa yang mendekatinya, berilah khabar gembira, dan pergunakanlah waktu pagi, waktu petang dan malam hari untuk memudahkan perjalananmu.
(H.R. Bukhari)




Nukilan : 5apik