Thursday 4 April 2013

Sorry abah, saya janji tak lupa lagi.


Antara insan yang paling kita sayang sangat-sangat mestilah ibu bapa kita.

Tapi bila diajukan soalan antara dua buah hati kita ni, yang mana paling kita sayang, mesti jawapannya ibu kita. Laju je kan perkataan tu keluar. Mungkin sebab segala pengorbanan ibu kita dan ditambah lagi dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang cukup terkenal menbuatkan kita memilih jawapan itu.




Seorang sahabat pernah bertanya kepada baginda : 
" Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi?” 
Nabi menjawab, “Ibumu.” 
Orang itu bertanya lagi, “Selepas itu, siapa lagi?” 
Lalu Nabi menjawab, “Ibumu.” 
Dan orang itu bertanya lagi, “Selepas itu siapa, ya Rasulullah?” 
Maka Nabi menjawab lagi, “Ibumu.” 
Orang itu bertanya lagi, “Dan selepas itu, siapa ya Rasulullah?” 
Maka Nabi SAW menjawab, “Ayahmu.” 
[ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ]



Tapi................

Tahukah kita bahawa ayah atau abah atau walid atau daddy atau papa atau bapak juga mempunyai hak untuk mendapat kasih sayang kita? Pengorbanan mereka juga tiada tolok bandingnya. Dari kita kecil hinggalah mampu berdikari. Kalau dihitung, sampai tiada helaian kosong untuk dicatat. Itulah ayah kita.
Secara ringkasnya, pengorbanan ayah bermula sebelum beliau sendiri berkahwin. Yelah, nak kahwin anak orang ( ibu kita ) bukannya senang. Persediaan diri, tanggungjawab dan nafkah mesti bergerak seiring. Fasa perkahwinan bermula dengan mengambil seorang wanita sebagai isteri dan zaman bergelar ayah bermula dengan kehadiran kita. Demi memastikan ibu dan kita hidup senang, beliau mencari rezeki tanpa mengenal erti penat.


Bila kita dah lahir, siapa yang iqamatkan kita??

Haaa, mestilah ayah kan. Tanpa beliau, tak dapatlah kita dengar kata-kata indah dalam bait-bait iqamat itu kan. Tapi bro, ayah saudara atau lelaki yang lain pun boleh iqamatkan kita jugak kan?


Gambar Hiasan

Ya, betul. 
Tapi sekiranya setiap bayi diberikan pilihan, semestinya mereka mahu ayah mereka sendiri yang melakukannya bukan?

Kita beralih pula pada zaman tumbesaran kita. Siapa yang banyak mengajar kita cara untuk 'survive' dalam hidup yang penuh pancaroba ni secara praktikalnya? Cewahhh... Tentulah ayah. Ibu? Ibu kita lebih tertumpu kepada nasihat dan teori. Tak percaya? Ok, kita tengok situasi di mana kita mempunyai masalah dengan seorang budak yang suka mengejek kita di sekolah.



Ibu : " Kenapa dia buat macam tu? Man ada buat apa-apa kat dia ke? Takpe man. Man jangan balas tau. Kalau kita buat baik, Allah akan balas baik juga pada kita "

Ayah : " Kenapa dia buat macam tu? Man ada buat apa-apa kat dia ke? Takpe man. Lain kali kalau dia buat lagi, man cakap " Saya bagi tau cikgu besar ". Biar dia tahu siapa anak ayah. Kalau dia buat jugak, nanti man bawak ayah jumpa dia".


Sweet kan?? 

Tapi ini adalah contoh semata-mata. Mungkin lain orang, lain cara pendekatan ibu bapa yang diperolehi. Sekali lagi, ini adalah contoh semata-mata. Dilihat pula tentang pemilihan jurusan bidang untuk kita sambung belajar, tak kira kolej atau universiti. Ayah lebih banyak mengambil pendekatan ' pilihlah jurusan mana pun asalkan kamu suka'. Ayah lebih suka untuk menyokong minat kita manakala ibu lebih suka membimbing minat kita. Namun, kedua-dua cara ini seimbang dan membolehkan kita pilih jurusan dan bidang atau pilihan yang betul.

Bercakap tentang perkahwinan, semua orang tahu bahawa ayah adalah wali yang paling utama untuk seseorang wanita itu untuk diijabkabulkan. Hati ibu sudah tentu berat untuk melepaskan anaknya kepada sang suami. Namun, hati ayah tiada kurangnya. Bagaimana perasaan untuk menyerahkan seorang anak yang dilindungi dengan tulang empat keratnya? Hanya Allah yang tahu. Beliaulah yang menanggung semua dosa anak perempuannya dari kecil sehingga tanggungjawab itu digalas oleh suaminya. Dari sekecil-kecil dosa membuang sampah hingga ke sebesar-besar dosa yang pernah anaknya lakukan.

Terfikir pula sekiranya seorang ayah itu mempunyai 7 anak dan kesemuanya perempuan, agaknya berapa timbangan dosa yang perlu dipikul? Jika anaknya tidak menutup aurat dengan sempurna bagaimana? Allahurabbi, hanya Dia yang tahu berapa jumlah dosa itu.






Pengorbanan ayah,
tidak berhenti sampai di situ sahaja. Ada banyak lagi yang boleh kita rungkaikan di sini. Namun, saya percaya kita cukup tahu banyak mana pengorbanan ayah pada kita.


Harap-harap janganlah kita lupa pada setiap daripadanya.
Terdetik di hati , " Sorry abah, saya janji tak lupa lagi ".



-deepintothesea-


No comments:

Post a Comment