Bila berbicara mengenai kesatuan dalam gerak kerja Islam, pasti
akan terngiang kalam Allah swt daripada surah As-Saff, ayat 4 :
Ayat yang sudah menjadi kebiasaan para ahli gerakan dan jamaah
dan semacam satu zikir yang diulang-ulang bagi mengingatkan kepada kepentingan
dalam bersatu dalam membawa Islam.
Saf yang teratur
Bilamana
bercakap berkenaan saf, yang tergambar pada kebiasaannya adalah saf solat.
Sebagaimana solat berjamaah itu memberikan ganjaran berlipat kali ganda,
begitulah hendaknya dalam kita bersama-sama menjadi duta dalam membawa rahmat
Islam, sudah pasti akan ganjaran dan kesan kepada usaha itu juga berlipat kali
ganda.
Andai
saf itu tidak teratur, renggang, sekaligus membuka ruang untuk syaitan
menghasut dan melalaikan solat didirikan. Perkara sama bilamana kesatuan ini
tidak lagi teratur, diri mula lari dari bersama-sama dalam perjuangan ini,
bimbang, mudah untuk diri dilalaikan dengan perkara-perkara yang lagha dan
tidak berfaedah.
Andai
ketika saf itu padu, selain daripada kerja dan belajar, masa lapang kita diisi
dengan membaca bacaan ilmiah, mencoret kalam peringatan untuk dikongsikan,
mengadakan usrah, berbincang berkenaan hal-hal dakwah dan tarbiyah, melibatkan
diri dalam usaha amal dan kebajikan. Sebaliknya, apakah yang mengisi masa-masa
tersebut andai memilih untuk lari dari saf ini? Adakah masa seharian kita
dimanfaatkan sebaiknya sebagaimana tika kita ampuh di dalam saf gerakan itu?
Tarbiyah Ramadhan
Berada
di bulan yang mulia ini, antara tarbiyah Ramadhan adalah dapat melihat ukhuwah
dan kebersamaan itu semakin bertaut. Iftar dan sahur bersama, tarawih
berjamaah, muncul kumpulan-kumpulan tadarus, qiamullail bersama, ziarah
menziarahi, bantu membantu, bersedakah dan bayak lagi usaha yang melihatkan
Ramadhan ini bulan yang mampu membina kesatuan, saf yang kukuh.
Semestinya
saf gerakan ini tidak sempurna. Sentiasa ada ruang untuk dibaiki. Peringatan,
nasihat-manasihati, tegur menegur antara satu sama lain, samada sesama ahli mahupan
antara ahli dan pimpinan dapat membetulkan mana yang salah dan menutup
kelompangan pada saf yang dibina itu. Ini selari dengan amalan mengingatkan dan
membetulkan saf sebelum solat berjamaah itu didirikan.
Keberkatan dicari
bukan dinanti
Bulan
Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Awas, jika kita sekadar hadir ke
bulan ini tanpa berusaha bersungguh-sungguh mencari keberkatan tersebut,
keberkatan Ramadhan itu tidak akan dirasai. Begitulah dengan nilai sesuatu
gerakan atau jamaah. Ruang sudah terhidang tetapi andai kita sendiri tidak
berusaha menyatukan diri kita dengan penggerak-penggerak dalam gerakan ini,
nilai dan kemanisan berjamaah itu sudah pasti tidak dapat dirasai.
Mudah-mudahan
kita semua dijodohkan yakni dipertemu dan dikumpulkan dalam gerakan atau jamaah
ini adalah kerana kebaikan-kebaikan kita serta kebaikan-kebaikan yang ingin
kita lakukan. Moga kita semua terhindar dan dijauhkan dari dipertemukan dan
dikumpulkan kerana maksiat dan kemungkaran yang kita lakukan.
No comments:
Post a Comment