“Wahai
wanita.. Ketahuilah, menggemari dunia itu meletihkan…Sedangkan zuhud dunia itu
merehatkan…”
Ada sesetengah perkara yang memang kita
mahu.
Mahu yang amat sangat. Maka kita minta pada
Allah agar berikan.
Minta dan minta
Kemudian tunggu
Segala amal makruf nahi mungkar kita telah
lakukan untuk mendapatkannya
Kemudian
Kita
minta lagi
Dan
tunggu.
Tunggu
lagi
Tunggu
lagi dan lagi
Kemudian
kita tak dapat apa-apa
Kosong
Kemudian
kita menangis
Kerana
fitrah kita berhati lembut
Saat sedang bersedih, kita tengok orang lain
yang dapat. Kita? Kosong. Maka kerana kita wanita yang diciptakan beremosi,
fikiran jahat mula menyalahkan diri dan bersedih, mempersoalkan nikmat Tuhan..
Sangka kita, mungkin itulah namanya takdir,
bukan rezeki.
Lepas beberapa ketika, kita mula lupa apa
yang pernah kita minta dahulu. Meneruskan hidup seperti biasa dan bahagia
melupakannya.
Tiba-tiba
Tanpa
disangka,
Terasa
mahu perkara lain pula
Err…
DUNIA
Takkan
pernah mampu menghilangkan dahaga nafsu
Takkan
pernah cukup dengan apa yang ada
Takkan
pernah cukup yang pastinya
Apa
sebenarnya yang kita mahukan?
SEMUA
Kan?
:)
Itulah fitrah wanita, yang mempunyai 9
nafsu dan 1 akal!
Namun, kadangkala apabila kita dapat apa
yang kita mahukan, kita rasa segala penat lelah usaha yang dilakukan amat
berbaloi dan sangka kita, itulah hadiah
yang datang dari Tuhan.
Wah gembiranya…
Begitu gembira sehingga merasa diri bertuah
jika dibandingkan dengan orang lain.
Tapi
kita terlupa,
Kadang-kadang
apa yang kita TAK
dapat,
Itulah
sebenarnya nikmat
Dan
apa yang kita DAPAT
Itulah
sebenarnya ujian.
Kata Nabi,
Kena zuhud terhadap dunia, baru dicintai
Allah.
Dan kena zuhud terhadap apa yang dimiliki
orang, barulah dicintai orang.
:)
ms
No comments:
Post a Comment