Ia diertikan sebagai sebuah
penulisan yang mampu mengubah manusia ‘kurang baik’ menjadi lebih baik. Andai
orang itu tidak pernah menunaikan solat, dia sudah mula berjinak-jinak dengan
solat lima waktu. Andai tidak menutup aurat sempurna, sudah mula berubah.
Niat.
Mungkin ia kelihatan sangat lamme apabila kita mempersoalkan tentang
niat. Mari kita lihat kesan niat, maka kita akan faham kenapa niat adalah
terpenting dalam penulisan?
Antara kita dengan pembaca
terdapat Allah. Bukankah Allah sahaja yang memegang hati manusia? Bukan kita
sebagai penulis. Hatta, kita cuba sampai sesuatu kepada orang kita sayang, kita
tidak mampu menyentuh hatinya tanpa izin Allah. Bukan? Namun, andai Allah
membenarkan hati manusia tersentuh, Dia mampu walaupun pembaca itu tidak
mengenali gerangan penulisnya.
Maka apabila niat kita disandarkan atas nama Allah dan
kemenangan Islam, maka InshaAllah, Allah jugalah yang memudahkan niat kita
terlaksana. Yakinlah, karya yang dihasilkan oleh penulis underground dengan
niat untuk mengubah peikiran umat, mempunyai kuasa yang hebat daripada penulis
ternama yang berkarya bukan atas nama Allah Maha Agung.
Jadi imbas kembali niat kita dalam bidang penulisan ini. Nak
mendidik pembaca? Menyampaikan ilmu tarbawi atau ta’alim? Atau ingin bermegah
dengan kelebihan Allah? Ingin mengikuti tren berblog? Ingin meluahkan perasaan?
Atau tidak pernah menetapkan niat.
Anda sendiri yang boleh tentukan.
Bukan sahaja niat yang berlandaskan syariat, malah hubungan
antara kita dengan Sang Pencipta juga mampu memberi kesan kepada hasil
penulisan.
Ulama ada berkata, boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana
niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan
dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Niat yang berlandaskan syariat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri
dalam mendekatkan lagi diri dengan Allah, InshaAllah mampu memberi sentuhan pada
karya. Itulah yang meletakkan karya tersebut dalam kelompok yang berkualiti dan
terpilih. Janganlah jadi penulis yang menghabiskan siang atau malam untuk
berkarya semata-mata bercerita perihal dunia semata-mata.
Firman
Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 110:
“Kamu adalah umat yang
terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan
mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah, Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu
lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan
mereka adalah orang-orang yang fasik”
Firman Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat 108:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain."
Firman Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat 108:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain."
Imam asy Syahid Hasan Al Banna ada berpesan ringkas, pertolongan Allah itu hanya akan dicapai apabila pejuang
mendekatkan diri kepadaNya. Perbaikilah dirimu di samping kau menyeru seseorang
ke arah kebaikan.
Ya Allah, letaklah
diri ini dikalangan mereka yang menyeru dan menyampaikan keindahan Islam dalam
karya seni mereka.
Tetaplah niat ini
dalam al-amru (menyuruh) dan an-nahyu (menegah).
Izinkan karya ini yang
membalutiku dari azab api neraka yang tidak terperi itu kelak.
Niat, empat huruf yang mampu mengukir kehidupan si hamba
abdi!
Wallahu'alam.
nfn
No comments:
Post a Comment