Tuesday 24 June 2014

KHIDMAT KOMUNITI KESIHATAN HULU BERNAM

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, sukarelawan PROACE Yayasan Amal telah bersama-sama berganding bahu dalam menyumbang tenaga dalam menjayakan satu lagi program khidmat komuniti kesihatan. Program kali ini diadakan di Perkampungan Orang Asli Hulu Bernam,  Selangor  pada 15 Jun 2014 yang lalu.


Program ini merupakan program turun padang dalam memberikan khidmat kesihatan masyarakat. Seramai 5 orang sukarelawan telah terlibat dalam menyediakan saringan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kandungan gula, khidmat nasihat kesihatan. Khidmat kesihatan kali ini diadakan menerusi ziarah rumah ke rumah. Program ini juga turut mendapat kerjasama daripada Lajnah Kebajikan PAS Selangor yang turut memberi sedikit sumbangan kepada setiap keluarga yang diziarahi.






Menerusi sumbangan PROACE Yayasan Amal ini kepada masyarakat, bukan sekadar dapat memberikan infomasi berkenaan kesihatan, juga dapat mendidik masyarakat sedikit sebanyak berkenaan kesihatan dan kepentingan dalam menjaganya. Mudaha-mudahan usaha kecil ini dapat memberi impak dalam mempromosikan dan melahirkan masyarakat yang sihat.







Khidmat kesihatan sukarelawan PROACE Yayasan Amal kepada penduduk setempat


Penyerahan sumbangan oleh Ustazah Mariam daripada Lajnah Kebajikan PAS Selangor


Antara sumbangan yang diedarkan kepada penduduk perkampungan orang asli


Sukarelawan PROACE Yayasan Amal yang terlibat bersama jawatankuasa kampung dan Lajnah Kebajikan


No comments:

Post a Comment