Tuesday 24 June 2014

KHIDMAT KOMUNITI KESIHATAN SEMPENA JELAJAH GEMS HULU LANGAT

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, sukarelawan PROACE Yayasan Amal telah bersama-sama berganding bahu dalam menyumbang tenaga dalam menjayakan program ‘Jelajah GEMS Hulu Langat’. Program ini merupakan sebuah program di bawah kerajaan Negeri Selangor dan telah diadakan di Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi pada 11 Mei 2014 yang lalu.


Program ini merupakan sebuah platform bagi kerajaan negeri dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk turun padang bertemu dengan rakyat setempat. Pada masa sama pelbagai aktiviti dilakukan yang melibatkan sluruh lapisan masyarakat seperti ‘walk-in interview’, program permotoran, ‘talk show’ kekeluargaan, gerai jualan, kempen membaca, pameran daripada jabatan dan agensi kerajaan serta banyak lagi.



Salah satu aktiviti yang disediakan adalah khidmat kesihatan. Seramai 20 orang sukarelawan telah terlibat dan bekerjasama dengan pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, dalam menyediakan saringan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kandungan gula, khidmat nasihat kesihatan dan bual santai berkenaan kesihatan.



Menerusi sumbangan PROACE Yayasan Amal ini kepada masyarakat, bukan sekadar dapat memberikan infomasi berkenaan kesihatan, juga dapat mendidik masyarakat sedikit sebanyak berkenaan kesihatan dan kepentingan dalam menjaganya. Mudaha-mudahan usaha kecil ini dapat memberi impak dalam mempromosikan dan melahirkan masyarakat yang sihat.


YB DR Halimah Ali turut melawat booth khidmat kesihatan


Health Talk oleh sukarelawan PROACE Yayasan Amal

No comments:

Post a Comment