Saturday 9 March 2013

Of Kucing, Twitter & Kanak-kanak


 Assalamualaikum..:)

1)    Kucing

Bercerita mengenai kucing, di fakulti saya ada beberapa ekor kucing yang “menetap” di bangunan berhampiran dengan café. Setiap kali saya terserempak dengan  kucing-kucing tu, mesti terdapat makanan yang telah diberikan kepada mereka. Pernah saya bertanyakan kepada sahabat saya

“Agak-agak siapalah yang bagi makanan kat kucing ni ye? Dah la macam best plak tu makanan dia kan?”

“Ishh makanan kucing pun boleh terliur ke? Hmm entahlah mesti orang yang bagi makanan ni orang senang jugak kot, makanan kucing bukannya murah” sahabat menjawab.

Minggu lepas, mungkin Allah ingin menunjukkan kepada kami jawapan persoalan kami siapakah empunya diri yang baik hati memberi makanan kepada kucing tersebut, ketika menuju ke kelas, tiba-tiba kami ternampak mak cik cleaner membawa tabung berisi makanan kucing.

Subhanallah, kami terpegun dengan kemuliaan hati mak cik tersebut, mungkin beliau tidak sekaya lecturer, doctor atau peniaga di situ, tetapi beliau mempunyai hati yang kaya dari kami semua..:’)


بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ فَنَزَعَتْ مُوقَهَا

فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ.

Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]


google


2) Mangsa Twitter

Masa mula-mula saya ada akaun twitter saya tak tahu langsung macam mana nak guna.haha :p  Lama kelamaan tengok kawan-kawan,ooo macam ni rupanya twitter ni. Saya masih ingat lagi ada orang pernah cakap twitter macam tempat kita nak luah apa sahaja yang kita rasa, marah, sakit hati, gembira atau apa-apa sahajalah, Orang lain tak boleh nak tegur atau cakap apa-apa sebab itu hak kita.Tapi lama kelamaan saya tengok twitter seperti jadi medium untuk sindir menyindir, memaki hamun, menunjuk-nunjuk dan yang lebih teruk sampai boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga, saman-menyaman dan sebagainya.Dan apa yang lebih teruk kadang-kadang ada “batu api” memberitahu orang lain yang tiada akaun twitter yang orang yang ada twitter mengutuk dia kat twitter sedangkan orang tersebut tidak menyatakan langsung tweet marah/benci dia kepada siapa. Bahaya kan twitter ni sebenarnya. Banyak fitnah yang tersebar. Sejujurnya saya juga merupakan salah seorang mangsa twitter, bila marah saya lepas kat twitter. Astaghafirullahalzim..kita seringkali lupa kita sebenarnya ada Dia untuk mengadu tak kira sedih,marah,gembira,benci , Dia sentiasa ada untuk mendengar.


google


3)   Kanak- kanak

Benarlah kata orang, hati kanak-kanak ini suci, dan kita yang dewasa ini haruslah menunjukkan contoh yang baik kerana mereka sangat senang meniru atau belajar dari kita.

Jadi, sebagai seorang dewasa yang bertanggungjawab saya cuba untuk menunjukkan contoh yang baik dengan mengajar anak buah yang berusia 4 tahun membaca abc.

Saya: “ ok ikut acik baca ye, A- Apple!”

Anak buah dengan penuh bersemangat mengikut apa yang saya ajar. Tiba-tiba apabila saya memberi contoh untuk huruf D:

Saya: “D- dog!”

Anak buah : “Dog haram la acik, nanti Allah marah..ishh ape acik ni”

Saya: “err… =.=’

Hadis Rasulullah saw,” anak itu ibarat seperti kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi nasrani, yahudi ataupun majusi”



BY: TUNKU AISYAH


No comments:

Post a Comment