Tepi pantai. Sambil makan roti aiskrim.
----------------------------
“Kau rasa bahagia tu, datang bila ada kerja besar je ke? Dan, duit banyak?”
“Apa punya soalan duniawi sangat kau ni”
“Poyo. Semua orang tahu duniawi tu apa kebenda, ukhrawi tu apa kebenda. But
still, wahan (cintakan dunia takutkan mati) still ada dalam diri kita
sebenarnya. Cuma benda tu kadang tak nampak obviously pada diri kita”
“Atau kita sendiri yang selalu letak diri kita as watak putih dalam hidup?”
“Haha. Soo sarkastik kau”
“Sebab tu aku sebut KITA. Aku tak sebut kau, dia, atau si polan. The word KITA
tu pun means aku pun included sekali”
“When you advise to another person, bring
along your fear to Allah”
“Untuk elak diri dari rasa eh aku ni watak putih dalam hidup? Haha”
“Untuk buat kita sentiasa beringat bro. Manusia boleh berubah 360 darjah
sekelip mata”
Krik krik krik. Sepi.
“Back to the point. Ingat. Hajat hidup
ni banyak sebenarnya. Tujuan hidup, kau perlu tahu. Tak, maksud aku, KITA. Hari-hari.
Jangan sampai tujuan hidup tak tercapai dek kerana gagal mengenal pasti.
Sampailah saat Izrail datang nak cabut nyawa. Allah, sesal di ‘sana’ nanti”
“Dan kekayaan, bukan hakikat bahagia yang hakiki. Kau boleh compared dua orang
patients yang datang dengan penyakit
yang sama, tapi berbeza pada status dan taraf ekonomi. Pain expression mereka
berbeza. Biasanya, patient yang status dan taraf ekonomi biasa biasa ni jauh
lebih tenang”
“Kalau macam tu, tak payah lah jadi kaya”
“Bukan macam tu. Maksud aku jangan jadi hamba dunia. Biar dunia dalam genggaman
kita, bukan kita dalam genggaman dunia. Kaya tak kaya rezeki Allah. Kita
sebagai hamba kena manfaatkan apa pun nikmat tu dengan cara seorang yang
bergelar Muslim. Sebab tu kena tahu dan faham tujuan hidup, baru semua benda
lillahi ta’ala”
Menangis. Setitik, dua titik. Dan berjurai
ayaq mata. Biaq pi. Setiap titis air mata yang mengalir kerana takutkan Allah
dengan rasa diri penuh kehambaan, itu pahala. Allahu akbar, nangis pun dapat
pahala. ‘Lalu nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?’ (Surah Ar Rahman)
- Adrenaline -
No comments:
Post a Comment