Wednesday 27 March 2013

Open Heart Surgery


Subuh yang dingin itu, aku berfikir, dalam ramai-ramai manusia yang hidupnya jauh daripada Allah, aku yakin 150 juta kali yakin, jauh di sudut hati mereka, mereka mahu berubah. Aku yakin sebab fitrah manusia itu sukakan kebaikan sukakan ketenangan. Tak ke? Cuma mungkin tidak mempunyai biah atau suasana yang membantunya untuk berubah. Mungkin sebab pengaruh kawan-kawan sendiri. *p/s : sebab tu kena bijak dalam memilih sahabat. Macam mana nak tau yang hati mereka itu masih hidup? Masih boleh dipulih dan diperelokkan? Hati aku ni jugak, adakah hati yang sihat atau sakit?


Dulu, pernah terbaca, tanda-tanda hati yang hidup dan sihat ialah :
  • masih boleh bergetar dengan bacaan Al Quran
  • masih boleh teralun dengan alunan zikrullah
  • ada kesan pada hati bila nama Allah disebut
  • hati menjadi tenang bila ada orang memberi teguran atau
  • hati rasa terpukul apabila diberi nasihat
  • hati itu masih mahu mengingati Allah, hati itu tidak hilang pekanya.


" Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut 'Allah', gementarlah hati mereka, apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanannya dan kepada Tuhan mereka sahaja mereka bertawakal "
( Surah Al Anfal : ayat 2 )



Ohh cemtu. 
Okay now apa kata kita buat something yang lebih praktikal.


Cuba kita semua ambil sehelai kertas kosong, then lukiskan bentuk HATI. Lukis comel-comel sebab Allahu Rabbuna yang Maha Penyayang mula-mula dulu bagi kita hati bagi yang comel yang cantik bersih. Itu fitrah. Okay lepastu, fikirkan balik dosa dan maksiat yang kita pernah lakukan. Satu dosa, letakkan satu titik hitam di atas lukisan hati itu. Sejujurnya, hisab dosa-dosa kita sampai habis, lepastu tengok apa yang terjadi kepada ' hati ' kita?  Banyak putih ke atau banyak hitamnya? Ataupun jadi hitam macam punggung periuk? 


Nilai.
Jika sudah terlalu hitam, maka hati itu telah mati. Jika banyak sangat bintik, maka itu tandanya hati sakit. Jika bintik itu amat sedikit, tandanya hati masih hidup tetapi serangan virus perlu dikekang segera. Antara kerugian apabila hati mula sakit ialah hilangnya rasa kemanisan dalam beribadah kepada Allah. Kalau tak dikekang, hati boleh mati. SERIOUSLY??? Serious lah, tak tipu *waving jari.



Pesan Imam Ghazali, carilah hatimu di tiga tempat.

1) Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran.
2) Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
3) Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.

Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, 
pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.



Dari mana ' polka dot ' hitam tu datang? Macam mana?
Apabila kita melakukan maksiat, pada hati kita akan tumbuh bintik hitam, kepekaan hati kita berkurang, dengan orang dan keadaan sekeliling pun hati jadi tak sensitif, jiwa rasa lemah, tubuh badan rasa berat untuk beribadah, dan lama kelamaan kita akan menganggap dosa itu satu kebiasaan. And last, jiwa rasa jauh dari Allah. Tu yang bila gagal exam contohnya, semua pakat nak bunuh diri sebab stress. Atau lain contoh, bila ada perselisihan faham dengan sahabat, semua lupa janji ukhuwwah fillah yang dilafaz, semua pakat lepas geram kat muka buku dengan kata-kata yang kurang sopan. Lupa bahawa Allah yang pegang hati-hati kita. Jadi kepada Dia lah kita sepatutnya mengadu.


Konklusinya, hati yang sakit lagi mudah untuk Syaitan masuk, menggoda untuk kita melakukan pelbagai lagi perkara maksiat dan merosakkannya untuk jadi hati yang mati. Jagalah, rawatlah hati sementara hati masih hidup. Buat recheck list pasal hati kita, renungkan, fikirkan, dan mulalah tinggalkan perkara-perkara maksiat dan dosa-dosa kecil. Sayonara Jahiliyyah. Ya, isi hidup dengan perkara yang bermakna, penuh kasih sayang dan rahmat dan redha dari Allah. 


Boleh mulakan dengan amal kebaikan yang mudah sebagai permulaan. Contohnya :
  • Senyum, beri salam
  • Sedekah
  • Baca Al Quran setiap hari satu muka surat *kalau malas sangat, sehari 7 ayat
  • Alunkan zikrullah. Dalam hati pun boleh.
  • Berdoa untuk kebaikan diri, keluarga, sahabat-sahabat, guru-guru, dan seluruh saudara-mara seIslam.
  • Selawat ke atas nabi is amal kebaikan yg paling mudah dan fadhilatnya sangat besar
  • Jaga solat lima waktu
  • Jaga aurat, jaga ikhtilat
  • Baca Ma'thurat pagi dan petang
  • Bahaskan pendapat, gain knowledge and broad your mind dengan kumpulan USRAH. Bubuhlah nama sesedap ubi kat group usrah tu. Hawariyyun ke, GenIUS ke, Wonderpet ke, Geng Allah's Seeker ke. Suka hati, be happy :)

Jangan risau, jangan rasa segan untuk berubah. Why need to worry when you have Allah to pray? Percayalah, jika kita menghampiri Allah selangkah, Allah akan menghampiri kita seribu langkah, jika kita berjalan mendekatiNya, maka Dia akan berlari dengan pantas mendekati kita. Plus minus, macam tu lah perumpamaannya.



Bersangka baiklah dengan saudaramu,
bimbing mereka ke jalan yang benar.
- Adrenaline -


No comments:

Post a Comment