Thursday 28 March 2013

Bila Rindu Itu Hilang


Bila kemuncaknya hati kita rindukan saat-saat mengadu, merintih, meminta pada Allah, rindukan sujud merayu pada pertolongan Dia? Tidak lain tidak bukan bila kita berada pada saat-saat genting diuji, dihimpit dengan masalah dan dibebani dengan pelbagai musibah.

Pada masa itu lah, hati kita harap benar pada satu pautan. Pautan yang begitu kukuh. Juga tercari-cari pada satu tempat untuk mengadu, bercerita. Seolah-olah tidak mahu berganjak dari tempat sejadah, bertahajjud. Seakan-akan tidak mahu mengangkat dahi ni dari sujud mencium lantai.
Time tu jugak lah, hati ni tiba-tiba tak sabar menunggu waktu solat, tak sabar mahu menunggu malam menjelang, tak sabar juga mahu menghinjak pintu-pintu surau. Hati juga meronta-ronta mahu mencapai surat cinta Allah, mahu belek satu persatu mukasurat kitab suci itu dan mencari-cari kata-kata dari Dia untuk pujuk hati. Saat itu juga air mata tak henti-henti keluar bila kata-kata tu terkena pada batang hidung sendiri. Bibir dan hati juga turut sama berlumba-lumba panjatkan doa setiap masa.
Ahh senang cerita, time tengah susah, tengah berat tu lah kita jadi alim, baik, tawadhuk. semua nak ingat Allah. Tak lama kemudian, dugaan tu pun berlalu. Settle. Habis dah. Hilang. Fainnamal 'usri yusra, seperti yang Allah janjikan. Betul?

Sayangnya, beberapa ketika berlalu.. hati kecil ni tak lagi rindu. Dah tak ternanti-nanti waktu solat. Dah tak ternanti-nanti jam empat atau lima pagi mahu bertahajjud, bermunajat pada Allah. Sudah hilang hati yang selalunya menjerit-jerit mahu sujud lama-lama pada lantai sejadah. Dah tak ada lagi hati yang rindu nak bermonolog, bercerita, mengadu pada Yang Esa. Al-Quran pun entah kemana letaknya. Bayangan sejadah pun tak nampak dah. Surau apatah lagi. Rindu tu.. hilang..
rindu sayang mana boleh paksa, kan?
Lalu kemudian dengan penuh kasih sayang, Allah titipkan balik rindu tu dalam hati kita. dengan cara, Dia kirimkan kita dengan menda yang kita tak suka tu. Yang dinamakan ujian. Musibah. Supaya rindu bertandang kembali dalam hati kita. Kerana rindu tu, mampu jadikan kita ni penghuni syurga.
Mestinya, kita tak sukakan musibah. Tapi kalau encik musibah tu tak datang, agak-agaknya ada tak lagi ruang rindu pada Sang pencipta?

Hmm,
Sedar tak sedar, Dia begitu sayangkan kita. Cintakan kita. Semua yang Dia buat, semuanya untuk pastikan kita ni masuk syurga. Tapi manusia ni tetap jugak memilih yang bukan syurga.



“ Wahai orang-orang beriman !
Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan
solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar ”
(2 : 153)


Kadang-kadang, Allah bukannya minta kita berfikir panjang, duk pening-pening ingat pasal masalah, pasal musibah. Kadangkala Dia cuma mahukan kita bersabar, solat dan sentiasa ingat pada Dia.


 

rindu saat itu



:: leen
kita juga manusia biasa seperti yang lain. dan kita juga pasti pernah, kehilangan rindu itu

No comments:

Post a Comment